SEMAKAN BANTUAN KASIH JOHOR PEMANDU E-HAILING, P-HAILING DAN TEKSI DIBUKA HARI INI

Bantuan tunai ‘one-off’ E-Hailing, P-Hailing, Pemandu Teksi.

 

#IskandarPuteri – Pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi di negeri ini, boleh mula membuat semakan kelayakan Bantuan Kasih Johor sebanyak RM200 secara ‘one-off’ daripada Kerajaan Negeri, bermula hari ini.

 

Semakan kini boleh dibuat dengan klik pautan https://semakan.paj.com.my termasuk maklumat lanjut bagi tarikh dan lokasi penyerahan bantuan yang diumumkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Pemandu bagi kategori berkenaan yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) layak menerima bantuan yang akan diagihkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bermula 4 Oktober ini.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian Pusat Khidmat Bantuan Tunai One-Off RM200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing dan Pemandu Teksi Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) di talian 07-5225400, 07-5225406 atau 07-5225407.

 

Menteri Besar Johor ketika Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 11 September lalu, mengumumkan 42 inisiatif tambahan dengan nilai peruntukan lebih RM209 juta melibatkan 1.9 juta penerima manfaat.

 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 25 inisiatif untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, manakala baki 17 inisiatif pula merangkumi peningkatan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi dan kesejahteraan sosial yang menjadi bukti setiap pertambahan hasil negeri disalur serta dikembalikan terus kepada rakyat.

 

#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#KasihJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor