RANHILL SAJ, YES PERKENAL INISIATIF BAHARU SOKONG ISI RUMAH JOHOR

Gambar hiasan.
#IskandarPuteri – Ranhill SAJ memperkukuh komitmen dalam menyokong kesejahteraan Bangsa Johor menerusi kerjasama strategik bersama Yes dengan memperkenalkan inisiatif bagi mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan akses ketersambungan digital untuk isi rumah di negeri ini.
Melalui inisiatif tersebut, pelanggan yang layak dan melanggan pelan Jalur Lebar Yes 5G Advanced bermula RM68 sebulan berpeluang menikmati baucar penjimatan bil air sebanyak RM10.50 sebulan bagi tempoh enam bulan pertama.
Inisiatif ini menggabungkan dua keperluan asas iaitu bekalan air bersih dan akses internet yang boleh dipercayai seterusnya menyokong kehidupan seharian serta memacu agenda bandar pintar dan transformasi digital di Johor.
Sebagai penyedia perkhidmatan air negeri, Ranhill SAJ bukan sahaja memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan malah menyokong keperluan digital yang kini penting dalam pendidikan, pekerjaan, komunikasi serta akses perkhidmatan.
Dengan liputan perkhidmatan melebihi 1.8 juta isi rumah di Johor, inisiatif ini turut memudahkan pengurusan akaun air, semakan bil serta penerimaan maklumat perkhidmatan sekali gus meningkatkan penyertaan pengguna dalam ekosistem digital.
Bagi menikmati manfaat ini, muat turun aplikasi Ranhill SAJ seterusnya daftar mana-mana pelan Jalur Lebar Yes yang layak diikuti dengan memasukkan nombor akaun air SAJ untuk pengesahan sebelum menerima baucar RM10.50 sebulan untuk bil air enam bulan pertama setelah disahkan.
#JohorSafeZone
#RanhillSAJ
#YES
#JimatAir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



