85 PERATUS KEBAKARAN HUTAN PUNGGAl BERJAYA DIKAWAL

85 peratus kebakaran hutan di Jalan Bypass Punggai–Sebana Cove berjaya dipadam setakat tengah hari. | Foto BBP Punggai

 

#IskandarPuteri – Operasi pemadaman kebakaran hutan di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove menunjukkan perkembangan positif apabila 85 peratus atau 127.5 hektar kawasan terjejas berjaya dipadam setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

 

Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan kaedah ‘direct attack’ dengan bantuan jentera ‘water tanker’ bagi mengawal perebakan api ke kawasan baharu, selain penggunaan jentera berat seperti ‘excavator’ dan ‘backhoe’ untuk membina ‘fire break’ sebagai benteng kawalan.

 

Bagi mempercepatkan pemadaman sepenuhnya, pelaksanaan kaedah ‘water bombing’ menggunakan helikopter turut dirancang di samping meneruskan operasi secara agresif di baki kawasan yang masih terbakar, jelas YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.

 

Selain itu, kira-kira 55 peratus atau 4.5 hektar kawasan kebakaran di belakang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pengerang telah berjaya dikawal sejak insiden dilaporkan pada 24 Mac lalu, menggunakan teknik ‘total flooding’ dengan memanfaatkan sumber air daripada pili bomba berhampiran serta sokongan jentera berat bagi memperkukuh kawalan kebakaran.

 

Operasi dijangka diteruskan sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya, bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan faktor angin, sekali gus memastikan keselamatan penduduk serta kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

 

#JohorSafeZone
#Kebakaran
#Pengerang
#JBPM
#BombaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor