MAHASISWA ANAK JOHOR DI KULAI TERIMA MANFAAT IMAJ

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan ‘One-Off’ IMAJ 2026 bagi DUN Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai di Dewan Raya Bandar Putra.
#Kulai – Seramai 3,685 mahasiswa anak Johor di daerah Kulai merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai menerima manfaat Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Tahun 2026 Fasa Satu melibatkan peruntukan berjumlah RM737,000.
Insentif berupa bantuan ‘one-off’ RM200 kepada setiap penerima bagi meringankan kos pengajian dan keperluan harian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor terhadap kebajikan mahasiswa, selaras dengan usaha berterusan memperkasa pembangunan pendidikan negeri.
Bagi Uzma Humairah Muhammad Syahruddin, 23, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam amat menghargai bantuan pendidikan yang diterima dan memaklumkan bahawa sokongan tersebut telah diperoleh sebanyak tiga kali sekali gus membantu pengurusan perbelanjaan serta mengurangkan tekanan kewangan.
Turut berkongsi penghargaan, Mohd Haziq Abdullah, 21, pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) yang menyifatkan insentif diterima sebagai pemudah cara dalam pengurusan kewangan selain membantu menampung sebahagian perbelanjaan harian di universiti.
Secara keseluruhan, seramai 51,772 mahasiswa anak Johor menerima manfaat IMAJ Tahun 2026 Fasa Satu dengan jumlah peruntukan RM10,354,400 yang diagihkan kepada penerima melibatkan 56 DUN di seluruh negeri.
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan ‘One-Off’ IMAJ 2026 bagi DUN Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai di Dewan Raya Bandar Putra, hari ini.
#JohorSafeZone
#IMAJ2026
#OrangMudaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



