KERAJAAN JOHOR PERUNTUK LEBIH RM30 JUTA UNTUK BAKUL KASIH, MANFAAT 550,000 KELUARGA

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni penerima bantuan Bakul Kasih Johor ketika lawatan ke daerah Tangkak dan Muar, baru-baru ini. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan bantuan Bakul Kasih Johor dengan peruntukan lebih RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negeri.
Inisiatif signifikan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga Bangsa Johor khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat serta ketidaktentuan ekonomi global.
Bantuan yang disalurkan merangkumi barangan keperluan asas harian seperti beras, tepung gandum, gula, sardin dan keperluan dapur lain bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah penerima.
Pelaksanaan Bakul Kasih Johor juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara khususnya golongan yang menghadapi tekanan kos kehidupan semasa.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada ikhtiar berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan bantuan bersasar demi memastikan setiap keluarga Bangsa Johor dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan makmur.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berkesempatan menyantuni dan menyampaikan bantuan Bakul Kasih Johor kepada penerima ketika lawatan ke daerah Tangkak dan Muar, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#BakulKasihJohor
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


