DEWAN NEGERI JOHOR BUBAR BERKUAT KUASA HARI INI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pada sidang media khas di kediaman rasminya, hari ini. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Dewan Negeri (DUN) Johor ke-15 secara rasminya dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

 

Pembubaran DUN Johor ke-15 ini dibuat selepas watikah pembubaran mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

 

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pada sidang media khas di kediaman rasminya memberitahu pembubaran tersebut membuka laluan kepada pelaksanaan proses demokrasi menerusi PRN Johor yang akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

 

Keputusan pembubaran itu dibuat bagi memastikan Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan mempunyai keupayaan untuk meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor pada masa akan datang.

 

Selain itu, beliau turut menyeru semua parti politik, pemimpin serta penyokong agar menghadapi proses demokrasi yang bakal berlangsung dengan penuh adab, tertib dan berhemah demi memelihara keharmonian serta kemuafakatan Bangsa Johor.

 

#JohorSafeZone
#DewanNegeriJohor
#BangsaJohor
#PilihanRayaNegeri
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor