JDT-CHELSEA, BUKAN SEKADAR AKSI PRAMUSIM BIASA

Keputusan 3-3 JDT menentang Chelsea FC membuktikan keupayaan kelab tempatan bersaing di pentas antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Johor dalam arena sukan dunia.
#IskandarPuteri – Keputusan dramatik 3-3 di antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC membuktikan bahawa kelab bola sepak tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi dunia, sekali gus meletakkan Johor di peta sukan antarabangsa.
Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi destinasi penutup bagi skuad The Blues di rantau Asia-Pasifik dalam melengkapkan siri jelajah APAC 2026 selepas tewas tipis kepada Juventus di Hong Kong dan menang 3-0 ke atas AC Milan di Jakarta, Indonesia.
Seramai 28,741 penyokong hadir membanjiri SSI dan menyaksikan detik bersejarah yang menemukan pasukan bola sepak paling dominan dalam sejarah bola sepak negara dengan juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025.
Kehadiran ribuan peminat dari dalam dan luar negara ke Johor juga telah memberi impak besar kepada industri pelancongan dan ekonomi tempatan termasuk merancakkan sektor perhotelan, pengangkutan dan perniagaan tempatan.
Malam bersejarah Chelsea dan JDT ini telah membuktikan kemampuan Johor dalam menyediakan fasiliti sukan bertaraf dunia serta mengukuhkan status sebagai hab bola sepak utama rantau ini.
Selain itu, perlawanan berprestij tersebut menjadi medan terbaik buat skuad Harimau Selatan menguji taktikal dan mentaliti apabila berdepan pemain elit dunia sebelum memulakan musim baharu pada pertengahan Ogos.
Untuk rekod, JDT pernah membawa kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund ke SSI untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada November 2022.
Luaskan Kuasamu Johor!
#JohorSafeZone
#JDTvChelsea
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


