JSCPT 2026 ANGKAT JOHOR KE PENTAS POLO DUNIA

Kerajaan Negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas visi dan kepimpinan dalam merealisasikan kejohanan berprofil tinggi ini sekali gus mengangkat nama Johor dalam arena polo dunia. | Foto Johor Southern Tigers
#IstanaPasirPelangi – Penganjuran Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026, kejohanan polo terbesar dan berhandikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi sukan berprestij di pentas antarabangsa.
Kerajaan Negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas visi dan kepimpinan dalam merealisasikan kejohanan berprofil tinggi ini sekali gus mengangkat nama Johor dalam arena polo dunia.
Lebih membanggakan, DYAM Tunku Mahkota Ismail tetap turun beraksi bersama Royal Johor meskipun mengalami kecederaan serius pada tangan hanya lapan hari sebelum kejohanan sehingga menyebabkan tiga jari mengalami keretakan.
Semangat juang dan keazaman luar biasa Pemangku Sultan Johor terserlah apabila menjaringkan lima gol dalam hanya dua chukka bagi membantu Royal Johor menewaskan Temasek 11-7 pada perlawanan pembukaan yang menjadi inspirasi kepada Bangsa Johor untuk terus berusaha dan tidak mudah mengalah dalam mengejar kejayaan.
JSCPT 2026 berlangsung di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi menghimpunkan lima pasukan elit serta barisan pemain polo bertaraf dunia termasuk beberapa pemain yang pernah menjuarai ‘Argentine Open’ membuktikan keupayaan Johor menganjurkan kejohanan sukan pada tahap kompetitif tertinggi.
Membawa kempen ‘Legacy in Motion’, kejohanan ini bukan sahaja meneruskan legasi dan tradisi polo DiRaja Johor malah membuka ruang lebih luas kepada pembangunan pelancongan sukan premium, pengukuhan jaringan antarabangsa serta promosi Johor kepada khalayak global menerusi siaran langsung di PoloLine.TV ke seluruh dunia.
Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh ekosistem penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa bagi menjadikan Johor destinasi pilihan dunia seterusnya merancakkan sektor pelancongan, membuka potensi ekonomi dan memperkukuh penjenamaan negeri di peringkat global.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjadi antara tetamu kenamaan penting yang dijemput untuk hadir ke Majlis Pembukaan JSCPT 2026 dan menyaksikan perlawanan pertama melibatkan Royal Johor dan Temasek pada kelmarin.
#JohorSuperCrown2026
#PoloTournament2026
#RoyalJohorPoloClub
#LegacyInMotion
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


