JETP BUKA RUANG PERTUMBUHAN BAHARU SEGAMAT

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama barisan kepimpinan negeri menaiki perkhidmatan ETS ke Segamat bagi meneruskan lawatan kerja ke daerah berkenaan serta menerima pembentangan JETP Daerah Segamat. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Segamat terus diperkasa menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) yang menggariskan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh pembangunan ekonomi serta memastikan daerah berkenaan terus bergerak maju seiring dengan daerah lain di negeri ini.
Menerusi pelan tersebut, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh potensi ekonomi Segamat secara menyeluruh dengan memanfaatkan kekuatan sedia ada serta membuka lebih banyak ruang untuk pertumbuhan baharu yang mampu merancakkan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM900,000 bagi pelaksanaan 18 projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat meliputi kerja menaik taraf dan baik pulih kemudahan awam serta infrastruktur di enam kawasan Dewan Negeri (DUN).
Turut diberi perhatian, pembangunan Taman Komuniti Bangsa Johor, Medan Niaga Bangsa Johor dan Taman Mini Air Bangsa Johor di Labis dan Segamat sebagai usaha memperkukuh kemudahan awam, merancakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Kerajaan Negeri komited memastikan pembangunan Segamat terus diperkasa agar setiap perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan dapat membawa perubahan lebih baik serta manfaat secara langsung kepada rakyat.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama barisan kepimpinan negeri menaiki perkhidmatan ETS ke Segamat bagi meneruskan lawatan kerja ke daerah berkenaan serta menerima pembentangan JETP Daerah Segamat.
#JohorSafeZone
#JETP
#Segamat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


