KERJA NAIK TARAF JALAN GELANG PATAH SIAP 56.2 PERATUS

Kerja-kerja menaik taraf Jalan Gelang Patah (J4) dari persimpangan CIQ Gelang Patah hingga persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Tanjung Pelepas kini mencapai 56.2 peratus kemajuan fizikal, dengan projek sepanjang 5 kilometer ini melibatkan pelebaran jalan daripada dua kepada empat lorong dua hala serta pembinaan jambatan, jejantas pejalan kaki dan motosikal, saliran dan kemudahan berkaitan. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerja-kerja menaik metaraf Jalan Gelang Patah (J4) dari persimpangan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Gelang Patah hingga ke persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Tanjung Pelepas kini mencapai 56.2 peratus kemajuan fizikal.
Projek sepanjang lima kilometer (KM) itu melibatkan pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dua hala, selain pembinaan jambatan, jejantas pejalan kaki dan motosikal, saliran serta kemudahan lain yang berkaitan.
Projek menaik taraf laluan berkenaan dijangka membantu meningkatkan kelancaran trafik menuju ke Kompleks CIQ Gelang Patah, selain menyediakan perjalanan yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya.
Selain itu, penyelarasan kerja di tapak turut diperkemas antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Johor Bahru dan kontraktor bagi memastikan pelaksanaan projek dapat bergerak dengan lebih lancar mengikut perancangan yang dibuat sebelum ini.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Mohammad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor turun ke tapak projek bagi meninjau kemajuan kerja serta mendapatkan perkembangan terkini daripada JKR daerah Johor Bahru dan kontraktor.
#JohorSafeZone
#JalanGelangPatah
#InfraJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


