SINERGI KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM MEMACU TRANSFORMASI DI PROGRAM KEMAJUAN KERJAYA 2026

Barisan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor pada Majlis Perasmian Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Tahun 2026. | Foto MDJ Nazreen Aimie
#KualaTerengganu – Suasana akrab menyelubungi Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) apabila seramai 321 Pegawai Tadbir Negeri Johor (PTNJ) berhimpun sempena Majlis Perasmian Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Tahun 2026.
Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan, Terengganu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran edisi ke-17 selepas Kelantan bertindak sebagai hos bagi edisi lalu pada tahun 2024.
Program pada tahun ini dihiasi dengan pelbagai pengisian terbaik yang berimpak tinggi termasuk sesi forum intelektual serta aktiviti sukan dan kebudayaan. Sepanjang tujuh hari penganjurannya, program ini menjadi wadah utama untuk memperkukuh ukhuwah, persefahaman dan kerjasama antara pegawai, sekali gus mempererat hubungan dalam urusan pentadbiran.
Pengisian program kali ini menampilkan kelainan dengan penganjuran sesi Bicara Eksekutif bertajuk “Sinergi Kepimpinan Negeri dan Persekutuan: Memacu Transformasi Perkhidmatan Awam Secara Kolektif dan Berimpak Tinggi” yang dikendalikan oleh Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia.
Terdahulu, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor telah hadir ke Majlis Perasmian Sukan Empat Negeri sempena Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Tahun 2026.
Turut hadir adalah YB Dato’ Haji Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ); YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Presiden Persatuan PTNJ; Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan serta barisan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#PegawaiTadbirNegeriJohor
#JohorCivilService
#SukanEmpatNegeri2026
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


