PEMBANGUNAN TVET, AI DAN LITERASI DIGITAL PERKUKUH TENAGA KERJA JOHOR

ICDL Asia Digital Literacy Day 2026 menghimpunkan wakil kerajaan, ahli akademik dan industri serta delegasi Asia Pasifik di JSkills, Pasir Gudang, bagi membincangkan perkembangan AI, literasi digital dan pembangunan kemahiran masa hadapan. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#PasirGudang – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasa menerusi penerapan kecerdasan buatan (AI) dan literasi digital sebagai antara komponen penting bagi memastikan tenaga kerja Johor sentiasa kekal relevan dan kompetitif.
Pendekatan berkenaan turut menyokong agenda pembangunan bakat dan pendigitalan negeri, khususnya dalam memastikan pertumbuhan ekonomi menerusi inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disokong tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran teknikal dan digital yang bersesuaian.
Menerusi penganjuran ICDL Asia Digital Literacy Day 2026, ia menjadi platform perkongsian dan memperkukuh literasi digital, penerapan AI dan pembangunan kemahiran digital yang selari dengan keperluan industri, khususnya dalam ekosistem TVET yang merentas sempadan Asia Pasifik.
Program ini juga turut menekankan ekosistem TVET yang kukuh dengan menggabungkan kemahiran teknikal, keupayaan digital dan pengalaman praktikal supaya graduan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta keperluan pekerjaan sebenar.
Selain itu, perkembangan sektor pembuatan, infrastruktur digital dan aktiviti perindustrian berteknologi tinggi di Johor turut meningkatkan lagi keperluan terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang seperti automasi, operasi pusat data dan pengurusan fasiliti.
JSkills turut memperkukuh kerjasama bersama industri dan Lembaga Penasihat Industri bagi memastikan setiap kandungan latihan sentiasa menepati perubahan teknologi dan permintaan pasaran pekerjaan agar ia selari dengan usaha Kerajaan Johor dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi menyokong ekosistem industri dalam JS-SEZ.
Terdahulu, telah berlangsung ICDL Asia Digital Literacy Day 2026 yang menghimpunkan wakil kerajaan, ahli akademik, industri dan delegasi dari rantau Asia Pasifik bagi membincangkan perkembangan AI, literasi digital serta pembangunan kemahiran masa hadapan di Johor Skills Development Centre (JSkills), Pasir Gudang, hari ini.
#JohorSafeZone
#JSkills
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


