ADTEC JTM BATU PAHAT TERIMA BANTUAN PERALATAN RM248,200

Bidang TVET Johor terus diperkasa apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) menyalurkan bantuan peralatan bernilai RM248,200 kepada ADTEC Batu Pahat. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#BatuPahat – Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini terus diperkasakan apabila Kerajaan Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) menyalurkan bantuan peralatan bernilai RM248,200 kepada Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Batu Pahat.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh Kerajaan Negeri bagi memastikan pelajar jurusan TVET berkenaan dapat dilatih dengan menggunakan kemudahan dan teknologi terkini, selaras dengan keperluan semasa industri serta pada masa sama membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Johor sebagai hab pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi di negara ini.
Antara bantuan peralatan yang diterima oleh ADTEC JTM Batu Pahat ialah ‘3 Phase SMAW Welding Machine’, ‘Ultrasonic Cleaning Machine’, ‘Electric Portable Air Compressor’, ‘3 Phase GMAW Welding Machine’, ‘3 Phase GTAW Welding Machine’ dan ‘MIG Inverter Gasless Welding Machine’ yang kesemua peralatan ini akan digunakan bagi tujuan latihan kemahiran dalam bidang kimpalan, sekali gus memastikan pelajar akan dapat didedahkan dengan pelbagai peralatan serta teknologi terkini yang turut diguna pakai oleh pihak industri masa kini.
Selain itu, pada karnival sama turut berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara ADTEC JTM Batu Pahat dan beberapa syarikat industri turut diadakan antaranya ialah EIK Engineering Sdn. Bhd, Ramatex Textiles Industrial Sdn. Bhd dan Unisteel Technology (M) Sdn. Bhd yang dilihat mampu memperkasakan lagi bidang pendidikan berasaskan TVET di negeri ini kelak.
MoC ini juga bakal mengukuhkan jalinan strategik antara institusi latihan dan sektor industri dalam aspek pembangunan sumber manusia, perkongsian teknologi, pelaksanaan program latihan industri pelajar (LI), latihan sangkut pengajar (LSI), penempatan graduan serta menyumbang kepakaran melalui bengkel dan perkongsian ilmu teknologi kejuruteraan terkini.
Inisiatif menyeluruh ini turut memperlihatkan kesepaduan antara agensi kerajaan, industri dan institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran komprehensif yang mampu bersaing di peringkat nasional dan global.
Terdahulu, YBhg Datuk Rospiagos Taha, Pengarah JTM; YB Tuan Haji Mohd Yusla Ismail, Ahli Dewan Negeri Senggarang; YBhg Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor hadir ke Majlis Perasmian Karnival Kerjaya & Pendidikan TVET MYFutureJobs X ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, hari ini.
#JohorSafeZone
#KarnivalKerjaya
#JTDC
#SMI
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


