AFIQ FAZAIL PEMAIN BOLA SEPAK PERTAMA DINOBAT OLAHRAGAWAN JOHOR

YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menyampaikan trofi utama Anugerah Sukan Johor ke-31, semalam. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Sejarah tercipta apabila Muhammad Afiq Fazail diumumkan sebagai pemain bola sepak pertama merangkul gelaran Olahragawan Johor pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-31, semalam.

 

Pemilihan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku olahragawan negeri tahun 2024 itu mengiktiraf peranannya sebagai tonggak utama Harimau Selatan dan keunggulan sebagai atlet penuh disiplin dan konsistensi.

 

Afiq berusia 31 tahun menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan diterima pada sambutan hari lahirnya selain menitipkan nasihat kepada atlet muda agar tidak mudah berputus asa dan perlu memiliki motivasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

 

Sementara itu, kejayaan cemerlang Tee Ai Xin, atlet ping pong negara meraih kejuaraan dalam beberapa siri kejohanan kebangsaan dan antarabangsa menobatkannya sebagai Olahragawati Johor 2024.

 

Turut menempa nama, Umar Osman, atlet olahraga yang juga pemegang rekod kebangsaan 400 dan 800 meter dipilih sebagai Olahragawan Harapan Johor dan Dania Sofea Zaidi, pemain badminton remaja selaku Olahragawati Harapan Johor.

 

Umar menjadikan pengiktirafan diraih sebagai motivasi buat dirinya untuk meleburkan rekod 400 meter dengan masa 46.09 saat yang dicatatkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun lalu.

 

Bagi kategori berpasukan, JDT mengekalkan dominasi apabila dinobatkan sebagai Pasukan Lelaki Terbaik, manakala Pasukan Bola Keranjang Wanita Negeri Johor pula diumumkan Pasukan Wanita Terbaik.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menyampaikan trofi utama Anugerah Sukan Johor ke-31, semalam.

 

#JohorSafeZone
#JohorHomeOfChampions
#AnugerahSukanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor