AIRASIA KONGSI CADANGAN TARIK PENGUNJUNG KE JOHOR : MB


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama kumpulan AirAsia Berhad. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

Kumpulan AirAsia Berhad mencadangkan pelbagai perancangan pembangunan, penambahbaikan serta naik taraf infrastruktur yang mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke Johor.

 

Lawatan dan perbincangan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Delegasi dari Johor bersama syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia ini, amatlah bermakna.

 

AirAsia merekodkan jumlah pelancong ke Johor seramai 946,000 pengunjung dari Januari hingga September lalu, dan ia menunjukkan peningkatan berbanding 640,000 pada tahun 2022.

 

Dengan peranan signifikan AirAsia di negeri ini, semoga perancangan dirangka dapat diterjemahkan sekali gus merealisasi impian Johor sebagai sebuah negeri maju tahun 2030.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor