Entries by Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

PAMERAN BENIH KARYA FESTIVAL SENI DI PPAJ

  Karya seni 13 artis kelahiran Johor akan dipertontonkan kepada umum menerusi Program Benih Karya Festival Seni yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) mulai hari ini sehingga 26 Mei ini.   Pameran karya seni ini adalah yang julung kali diadakan di PPAJ sekali gus membuka mata masyarakat mengenai peranan perpustakaan bukan terhad sebagai […]

SUDAH REZEKI, BELIA TERIMA TAWARAN KERJA

  Rezeki tidak datang bergolek, tetapi boleh datang tanpa disangka. Itulah ungkapan yang lahir dari Muhammad Nazreen Rosli, 21, apabila menerima tawaran bekerja selepas menghadiri temu duga terbuka program Gerak Kerjaya MYFutureJobs Kota Tinggi 2024.   Anak keempat daripada lima beradik itu sudah bersedia sejak awal pagi lagi untuk menghadiri temu duga bagi mengisi kekosongan […]

TEKAD MAHU LUASKAN EMPAYAR PERNIAGAAN

  Siapa sangka dengan hanya sedikit bantuan daripada kerajaan ia dapat membantu seseorang memajukan dirinya sehingga menjadi antara usahawan yang berjaya.   Itu yang dialami oleh Nor Hairul Amri Noordin, 31, anak jati gugusan FELDA Bukit Waha juga seorang usahawan belia mahir yang kini bertekad untuk meluaskan lagi empayar perniagaannya ke cawangan lain sebagai usaha […]

BELIA ISLAM JOHOR PERLU CONTOHI KEPERIBADIAN SAIDINA ALI

  Mencontohi akhlak dan keperibadian mulia Saidina Ali Abu Talib R.A menjadi intipati tazkirah yang disampaikan kepada lebih 300 jemaah yang hadir ke di Masjid Ar-Rahman, FELDA Bukit Besar dalam program Semarak Subuh sempena Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kota Tinggi Tahun 2024.   Tazkirah daripada Al-Fadil Ustaz Fadzil Sohar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan […]

MBIP SEDIA JAYAKAN JS-SEZ MENERUSI IPFL

  Pelaksanaan inisiatif Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) selain inisiatif baharu OSC 3.0 Plus daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meletakkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam keadaan bersiap siaga bagi merealisasikan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan menjadi langkah proaktif mempersiap dan memperkukuhkan lagi proses serta prosedur pembangunan di kawasan […]

AKSES KEBAJIKAN GOLONGAN AUTISME AKAN DIPASTIKAN SETARA

  Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2024 yang disambut pada 2 April lalu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyalurkan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada enam jabatan dan agensi yang menguruskan golongan berkenaan.   Antara jabatan yang menerima sumbangan berkenaan ialah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Hospital Permai, Johor Bahru, Persatuan Kanak-Kanak Islam Johor Bahru […]

TERUSKAN LEGASI ELAK PUPUS DITELAN ZAMAN

  Apabila bercerita mengenai wayang kulit, pasti akan terbit dalam fikiran segelintir masyarakat mengenai unsur khurafat mahupun mistik yang bercanggah dengan akidah dalam seni persembahan tradisional Melayu ini.   Berbeza pula dengan Sapari Sukarjo, 60, dari Batu Pahat, yang masih menjadikan wayang kulit sebagai kerjaya sepenuh masa dan penerus legasi turun temurun agar tidak pupus […]

WARISAN TIDAK LAPUK DITELAN ZAMAN

  Malaysia kaya dengan hasil hutan yang pelbagai seterusnya menyumbang kepada penghasilan produk kraf termasuklah alat muzik tradisional Melayu yang menjadi pelengkap kepada seni persembahan.   Selain mampu bertahan lama dan berkualiti, alat muzik tradisional daripada kayu kayan hutan berperanan penting mengiringi seni persembahan termasuk nyanyian dan tarian menerusi irama dihasilkan.   Berkongsi mengenai keistimewaan […]

TANJAK PENYERI BUSANA AIDILFITRI

  Pemakaian tanjak masih menjadi pilihan dan trend untuk digayakan seterusnya melengkapkan busana tradisional Melayu bagi golongan lelaki ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri sehingga ke hari ini.   Turut dikenali dengan destar dan tengkolok, pemakaian tanjak juga popular dalam kalangan orang muda bukan sekadar penghias di kepala malah kebanggaan terhadap adat dan warisan Melayu.   […]

BATIK IDENTITI JOHOR TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

  Apabila bercakap mengenai batik, pasti dalam fikiran kita terus terarah ke negeri terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kerana seni tekstil Batik ini cukup sinonim dan terkenal dari Kelantan dan Terengganu.   Seni kraf warisan tempatan bermotifkan identiti budaya masyarakat ini menggunakan lilin sebagai bahan pengantara yang memisahkan warna daripada tembus ke kain bagi […]