Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

GENERASI MUDA PEWARIS KEUTUHAN PERPADUAN NEGARA

  Generasi muda di negara ini perlu menghayati dan menghargai pengorbanan serta perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan keamanan dan keharmonian yang diwarisi selama ini.   Justeru, segala yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang dinamik tidak akan bermakna jika nikmat pembangunan yang bakal dirasai tidak disertai […]

DUTA PERPADUAN JOHOR ‘EJEN’ KEHARMONIAN MASYARAKAT

  Duta Perpaduan Johor terdiri golongan muda di negeri ini, bersedia memainkan peranan signifikan menggerakkan usaha penerapan dan pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.   Bagi V. Shantya Thevi, 24, inisiatif Duta Perpaduan Johor mencerminkan keseriusan Kerajaan Negeri mendukung semangat perpaduan menerusi pendekatan turun padang mendekati masyarakat.   Penganjuran pelbagai program kempen kesedaran dan […]

SEMANGAT, KEHARMONIAN BANGSA JOHOR WAJAR DICONTOHI

  “Konsep Bangsa Johor masih kekal relevan hingga hari ini terutama selepas melihat kepada isu mengenai polarisasi kaum yang semakin meningkat secara berterusan. Bangsa Johor bermaksud semua orang bertanggungjawab untuk membangunkan Johor di samping menghormati budaya dan agama masing-masing kerana kita mahu setiap orang hidup dalam aman dan makmur,” demikian titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

REZEKI TUJUH SEKELUARGA TUNAI HAJI BERSAMA

  Menabung sejak awal usia dan mendaftar giliran haji lebih awal ternyata mengundang rezeki kepada tujuh sekeluarga berangkat ke Tanah Suci secara bersama untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim 1445H / 2024M.   Berkat tabungan sejak 15 tahun lalu, Prof Ts. Dr. Safian bin Sharif, Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh menzahirkan kesyukuran kerana […]

KUALITI PENDIDIKAN MENJADI KEUTAMAAN

  Menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, Kerajaan Negeri komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif serta mesra teknologi selari dengan era pada masa kini.   Aspek kemenjadian pelajar dan kebajikan warga pendidik sentiasa diberikan keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan […]

KUMPULAN TERAKHIR ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR BERLEPAS

  Kumpulan terakhir yang terdiri daripada 137 jemaah haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) untuk berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji musim 1445H / 2024M, petang tadi.   Untuk musim haji kali ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.7 juta bagi meringankan […]

INSTITUSI KELUARGA TERUS DIBERI PERHATIAN

  Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah perumpamaan melambangkan kehebatan seorang ibu dalam mencorak kehidupan anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.   Menginsafi peranan seorang ibu tiada taranya, seramai kira-kira 500 ibu diraikan pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor yang menjadi wadah terbaik bagi menghargai sumbangan dan […]

PENGHORMATAN TERAKHIR DUA ANGGOTA POLIS TERKORBAN

  Jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram iatu Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tengah hari tadi.   Solat jenazah berkenaan dipimpin […]

‘AYUH JOHOR’ TERJEMAH KOMITMEN LAHIR PEMIMPIN MUDA KALIBER

  Laungan ‘Ayuh Johor’ yang menggemakan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi penzahiran dukungan Orang Muda Johor terhadap agenda Maju Johor aspirasi Kerajaan Negeri.   Inisiatif Institut Dato’ Onn (IDO) menghimpunkan kira-kira 1,000 mahasiswa anak Johor dari 22 universiti tempatan menerusi program Ayuh Johor menterjemahkan iltizam kuat […]

KWSAB KEKAL JADI PILIHAN PELANCONG

  Usaha Kerajaan Johor untuk memperkenalkan khazanah warisan dan budaya negeri ini terus memperlihatkan hasil apabila jumlah pelawat ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, sekali gus menjadikannya antara destinasi pelancongan pilihan utama di Johor.   Untuk rekod, jumlah pelawat pada tahun lalu meningkat seramai 70,608 berbanding 5,652 pelawat yang dicatatkan […]