BOMBA JOHOR SEDIA GERAK BANTUAN TAMBAHAN


Seramai 655 pegawai dan anggota berserta aset seperti jentera, lori, bot dan kenderaan utiliti telah dikerahkan bagi menghadapi situasi banjir sejak Rabu lalu, jelas YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

 

#IskandarPuteri – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berada dalam kesiapsiagaan tinggi serta  bersedia menggerakkan bantuan tambahan sekiranya hujan lebat berterusan dan situasi bencana di negeri ini, semakin kritikal.

 

Seramai 655 pegawai dan anggota berserta aset seperti jentera, lori, bot dan kenderaan utiliti telah dikerahkan bagi menghadapi situasi banjir sejak Rabu lalu, jelas YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor.

 

Kekuatan jabatan juga diperkasa menerusi penubuhan dua Pasukan Gerak Cepat ditempatkan di Ayer Hitam dan Segamat sebagai tambahan untuk pasukan sedia ada di lokasi terjejas untuk melancarkan operasi menyelamat.

 

Selain itu, JBPM Negeri Johor menasihatkan mangsa banjir di negeri ini supaya segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi jaminan keselamatan serta kebajikan mereka.

 

Setakat jam 4 petang, mangsa banjir terus menunjukkan trend penurunan signifikan apabila seramai 4,597 penduduk daripada 1,481 keluarga kini masih berlindung di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah terjejas banjir di negeri ini.

 

#BangsaJohor
#PrayForJohor
#BombaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor