CADANG TUBUH IPT BERTERASKAN IDENTITI JOHOR

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan mesyuarat ‘taskforce’ bersama wakil-wakil daripada universiti serta jabatan dan agensi berkaitan mengenai cadangan penubuhan sebuah IPT di Johor. | Foto Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh sektor pendidikan di negeri ini, menerusi cadangan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij berteraskan identiti Johor.
Komitmen berkenaan diterjemahkan dalam mesyuarat ‘taskforce’ bersama wakil-wakil daripada universiti serta jabatan dan agensi berkaitan yang menjadi medan penting untuk menyelaras hala tuju kewujudan IPT tersebut.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan model operasi dan mengenal pasti keperluan akademik serta teknikal demi memastikan penubuhan IPT itu berjalan lancar dan memenuhi aspirasi Bangsa Johor.
Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat itu atas komitmen dan pandangan konstruktif diberikan dalam usaha memastikan penubuhan IPT tersebut menjadi kenyataan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersedia untuk terus bekerja rapat dengan pihak berkaitan bagi memastikan cadangan berkenaan direalisasikan dan menjadi sebuah IPT yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan mesyuarat ‘taskforce’ bersama wakil-wakil daripada universiti serta jabatan dan agensi berkaitan mengenai cadangan penubuhan sebuah IPT di Johor.
#IPTJohor
#PendidikanBerkualiti
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor