ISYARAT DYMM SULTAN JOHOR JELAS

  Saranan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk membuktikan kemampuannya menerajui negara dan cadangan baginda supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas diletakkan di bawah Institusi Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Baginda Tuanku Sultan inginkan Malaysia kembali menjadi sebuah […]

WANITA ASET PENTING, MENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGERI DAN NEGARA

  Oleh Suhana Mohd Ariffin   Golongan wanita merupakan aset penting yang perlu digilap secara optimum bagi membolehkan kumpulan masyarakat berkenaan menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negeri mahupun negara.   Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan isu berkaitan hak dan kebajikan menjadi antara agenda penting bagi […]

BANJIR KILAT : MBJB LAKSANA TINDAKAN PROAKTIF

  Susulan kejadian banjir kilat melanda sekitar bandar raya Johor Bahru berikutan hujan lebat lebih dua jam semalam, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan di kawasan yang terjejas pada kadar segera.   Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBJB dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan yang diambil adalah memastikan pam-pam utama berfungsi dengan baik dan memantau […]

BANJIR KILAT : BOMBA, APM, MBJB BERTINDAK PROAKTIF

  Hujan lebat selama hampir dua jam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat.   Antara kawasan terjejas adalah Kampung Mohd Amin, Nong Chik, Majidee, Taman Melodies, Stulang Darat dan Ayer Molek.   Bagaimanapun, tindakan proaktif telah diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Johor serta Angkatan Pertahanan Awam […]

MPBP SEDIA JAYAKAN RKK PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT

  Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) komited menjayakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat dalam mencorak perancangan dan pembangunan bandar dan desa yang sistematik.   Pegawai Perancangan Bandar dan Desa MPBP, Shahril Karjoo memaklumkan Jawatankuasa Penyelarasan RKK dan Jawatankuasa Bertindak RKK Persisiran Sungai Batu Pahat serta Unit Urus Tadbir dan Pengurusan di sepanjang […]

PETANI, PENTERNAK, PENGUSAHA AKUAKULTUR TERIMA BANTUAN BANJIR

  Oleh Suhana Mohd Ariffin   Seramai 699 petani, penternak dan pengusaha akuakultur terjejas akibat banjir pada awal tahun ini, menerima bantuan bantuan melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berjumlah keseluruhan RM2.1 juta.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM100,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk bantuan kepada 57 petani selain peruntukan Kerajaan Persekutuan iaitu RM1.17 […]

JOHOR MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN IAT

  Kerajaan Johor komited melahirkan lebih ramai usahawan Industri Asas Tani (IAT) bagi memperkasa sektor tersebut menerusi pelbagai bentuk bantuan dan program yang dirangka bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan, satu program pembangunan IAT telah dirangka bagi membantu lebih […]

KERAJAAN JOHOR RAYU BBKA, BPR DITERUSKAN

  Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak meneruskan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA), Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) untuk mangsa banjir.   Rayuan berkenaan dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi selepas Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bahawa kedua-dua bantuan itu tidak lagi diteruskan.   […]

KERAJAAN NEGERI , PERSEKUTUAN KERJASAMA TANGANI ISU SETINGGAN

  Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi menangani isu setinggan di Negeri Johor terutamanya kawasan yang sering menghadapi masalah banjir kilat dan terletak sekitar tepi sungai.   Antara usaha tersebut adalah pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong dekat Permas Jaya yang akan menempatkan penduduk setinggan 165 keluarga dari Kampung Dato’ Hajah Hasanah […]

KERAJAAN JOHOR UMUM REBAT 30 PERATUS CUKAI HARTA

  Kerajaan Johor hari ini, bersetuju memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan kadar taksiran cukai harta baharu melibatkan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun hadapan.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan […]