JOHOR MAHU PERKASA EKONOMI RENTAS SEMPADAN

  Kerajaan Johor mengorak langkah bagi menjayakan agenda negeri maju menjelang tahun 2030 menerusi visi untuk mengintegrasi ekonomi rentas sempadan bersama Singapura bagi menarik lebih banyak peluang pelaburan melalui rangka kerja serta hala tuju yang jelas kepada para pelabur.   Menerusi Sidang Kemuncak Pelaburan Johor yang pertama di Singapura, Kerajaan Negeri turut berkongsi kerangka strategi […]

KERAJAAN NEGERI AKAN UMUM INSENTIF JS-SEZ, FCSFZ

  Kerajaan Negeri dijangka mengumumkan beberapa insentif menarik bagi merancakkan aktiviti ekonomi di dalam kwasan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) pada pembentangan Belanjawan Johor 2025 akan datang.   Insentif yang bakal diumumkan itu akan melengkapi beberapa inisiatif sedia ada yang telah digariskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum […]

MALAYSIA-SINGAPURA PERHALUSI KEMAJUAN PELAKSANAAN JS-SEZ

  Kerajaan Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan khas bagi merealisasikan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka akan dimeterai semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada Disember ini.   Inisiatif yang bakal memberi limpahan manfaat kepada kedua-dua negara berkenaan bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan, meningkatkan aliran barangan dan manusia serta pembangunan tenaga kerja tempatan.   […]

MERCEDES-BENZ AG BUKA PUSAT LOGISTIK DI JOHOR

  Mercedes-Benz AG secara rasminya membuka fasiliti canggih Pusat Logistik Komponen Rantau Asia dengan jangkaan nilai pelaburan mencecah sehingga RM1.5 bilion di negeri ini.   Terletak di Senai Airport City, Kulai, pusat logistik berkeluasan 62.6 ekar yang siap dibina dalam tempoh 23 bulan itu menjadi manifestasi keberkesanan inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) menarik pelaburan berimpak […]

INISIATIF KFL BAWA LIMPAHAN MANFAAT

  Sepanjang tempoh tiga tahun dilaksanakan, Kulai Fast Lane (KFL) telah berjaya menempa pencapaian membanggakan termasuk menarik pelaburan bernilai lebih RM40 bilion terutama dalam sektor elektronik dan perkhidmatan yang mencipta hampir 7,000 ribu peluang pekerjaan di Kulai.   Pencapaian signifikan berkenaan susulan pelaksanaan inisiatif itu didorong oleh proses pemajuan secara pantas termasuk dari segi kelulusan […]

MOU BUKA LEMBARAN BAHARU PELANCONGAN JOHOR-SINGAPURA

  Sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara PSHolidays.com dari Johor dengan EU Holidays dari Singapura menjadi antara fokus penyertaan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) dalam Pameran Perdagangan Pelancongan ITB Asia 2024.   Berlangsung di Sands Expo & Convention Centre, Singapura pada 23 hingga 25 Oktober lalu, kolaborasi yang membuka lembaran baharu bagi kerjasama […]

JOHOR BERPOTENSI TERIMA PELABURAN AS$190 JUTA

  Johor berpotensi menerima pelaburan strategik ke negeri ini, bernilai kira-kira AS$190 juta daripada beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang bakal menjana ribuan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, limpahan ekonomi dan pembangunan serta membawa lebih kemakmuran kepada Bangsa Johor.   Syarikat tersebut adalah Hanwha Solution Corporation, syarikat multinasional terkenal dengan inovasi dalam sektor tenaga bersih dan […]

JOHOR TARIK PELABURAN RM360 JUTA DALAM SEKTOR DIGITAL

  Johor berjaya menarik pelaburan bernilai RM360 juta bagi menyokong pembangunan pusat data di bawah pemaju terkemuka dari China, GDS Holdings Ltd. (GDS Holdings) sekali gus merancakkan ekosistem rantaian bekalan industri tersebut.   GDS Holdings yang telah melabur sebanyak RM14.33 bilion menerusi dua pusat data di Nusajaya Tech Park (NTP) dan Kempas Tech Park turut […]

JOHOR BAKAL TERIMA PELABURAN RM1 BILION

  LianheTech Chemical Technology Ltd. (LianheTech), syarikat terkemuka China dengan kepakaran pengeluaran bahan kimia farmaseutikal, perlindungan tanaman dan bahan-bahan maju mengumumkan pelaburan bernilai kira-kira RM1 bilion untuk membina kemudahan baharu di negeri ini.   Dijangka mencipta 400 peluang pekerjaan berkualiti tinggi dalam sektor termaju, pelaburan LianheTech menterjemah keyakinan potensi ekonomi dimiliki Johor selepas mengadakan pertemuan […]

JOHOR DESTINASI PILIHAN PUSAT DATA

  Iltizam Kerajaan Negeri memberikan penekanan terhadap agenda pembangunan mampan dan tenaga hijau meletakkan Johor berada di landasan tepat sebagai hab pusat data terbesar serantau.   Rangka kerja dan dasar berkaitan kelestarian berpotensi merangsang pembangunan dan pertumbuhan pelaburan di negeri ini, sekali gus membawa manfaat daripada limpahan permintaan pasaran utama ke atas pusat digital baharu. […]