DAKWAAN DANA AWAM DAN KERAJAAN BIAYAI JDT TIDAK TEPAT

Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT membidas dakwaan bahawa 91 peratus hasil pendapatan kelab datang daripada sumber awam, selain menegaskan tiada satu pun geran kerajaan digunakan bagi operasi kelab.
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat dan mengelirukan di platform media sosial berhubung dakwaan bahawa sebahagian besar hasil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kononnya datang daripada sumber awam atau kerajaan.
Sebaliknya, rujukan kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta saluran berkaitan kerajaan dalam penyata kewangan kelab berkenaan merupakan prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan negara, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Selain itu, banyak penajaan daripada syarikat swasta turut disalurkan melalui MSNJ bagi tujuan tadbir urus serta pelepasan cukai, justeru angka yang dipetik oleh sesetengah pihak tertentu tidak boleh ditafsirkan sebagai pembiayaan langsung kerajaan terhadap operasi kelab tersebut.
Selain itu, sebarang geran atau sumbangan kerajaan akan disalurkan secara khusus bagi pembangunan sukan akar umbi termasuk program pembangunan bola sepak belia, kejohanan daerah serta pengukuhan ekosistem bola sepak negeri melalui Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan persatuan daerah.
Dana tersebut juga tidak disalurkan bagi tujuan operasi JDT, sebaliknya ia memberi tumpuan kepada usaha memperkasa pembangunan bakat muda serta memperkukuh struktur bola sepak negeri secara menyeluruh.
Justeru, Kerajaan Negeri berharap semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan kerana penyebaran maklumat tidak tepat boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan usaha membangunkan ekosistem sukan yang sihat dan profesional di Johor.
Terdahulu, Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT turut membidas dakwaan bahawa 91 peratus hasil pendapatan kelab datang daripada sumber awam, selain menegaskan tiada satu pun geran kerajaan telah digunakan bagi operasi kelab berkenaan.
#JohorSafeZone
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



