DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2025


Ahli Dewan Negeri Johor bersetuju dengan pembentangan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion hari ini. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion selepas mendapat sokongan sebulat suara dari Ahli Dewan Negeri Johor.

 

Belanjawan Johor 2025 bertemakan ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’ sebelum ini telah dibentangkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar pada 21 November lalu.

 

Negeri Johor turut diunjurkan mengutip hasil sebanyak RM2.005 bilion pada tahun hadapan, sekali gus bakal merekodkan hasil melebihi RM2 bilion buat kali pertama dalam sejarah.

 

Belanjawan yang dibentangkan itu menjadi belanjawan lebihan RM5.12 juta buat tiga tahun berturut-turut, meningkat berbanding RM4.21 juta lebihan yang diunjurkan pada tahun lalu.

 

Sejumlah RM1.999 bilion diunjurkan bagi perbelanjaan dengan Belanja Mengurus melibatkan peruntukan sebanyak RM1.271 bilion, manakala RM728 juta lagi diperuntukan bagi Belanja Pembangunan.

 

Belanjawan Johor 2025, sebuah dokumen belanjawan holistik menggariskan 244 inisiatif yang terus berpegang teguh kepada enam teras di bawah Agenda Maju Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor