DOA DI TANAH SUCI DIMAKBULKAN


Rositah Othman di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Taman Idaman, Kluang. | Foto MDJ Izzul Islam

 

Tekad Kerajaan Johor untuk memastikan rakyatnya memiliki akses geran hak milik yang sah diterjemahkan menerusi Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Taman Idaman, Kluang kepada 164 penerima sempena program Jelajah Orang Mahkota (JOM) 2024, di Balairaya Kampung Bentong, Kluang, hari ini.

 

Rositah Othman, 59, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang, meluahkan kegembiraannya apabila setelah menerima geran hak milik dibelinya yang diserahkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Setelah menanti hampir enam tahun, usaha terakhirnya termasuk berdoa di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah untuk mendapatkan geran itu menjadikan penantian Rositah penuh makna.

 

Bakal bersara pada tahun ini, ibu kepada empat orang anak itu berkongsi bahawa geran itu akan menjamin perniagaan kedai makannya serta menjadi aset bernilai selepas menamatkan perkhidmatan, kerana beliau yakin nilai pasarannya akan meningkat.

 

Sementara itu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, menegaskan komitmen Kerajaan Negeri meredakan isu pemilikan geran di negeri ini dengan mengurangkan birokrasi serta memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi terlibat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor