EDUFEST 2025 BAKAL MERIAHKAN CUTI SEKOLAH INI

Iskandar Puteri International Edufest 2025 (EDUFEST 2025) akan berlangsung di Sunway Big Box Retail Park pada 12–15 September.
#IskandarPuteri – Lebih 10,000 pelajar tempatan dan antarabangsa dijangka memeriahkan Iskandar Puteri International Edufest 2025 (EDUFEST 2025) yang berlangsung di Kompleks Sunway Big Box Retail Park pada 12 hingga 15 September ini.
Festival bertemakan ‘Pendidikan Melangkaui Sempadan, Memupuk Kewarganegaraan Global Dalam Era Digital’ ini menyasarkan penyertaan 5,000 pelajar sekolah rendah dan menengah secara fizikal menerusi 26 aktiviti menarik serta berimpak tinggi, manakala 5,000 lagi menyertainya secara dalam talian.
Antara aktiviti tersebut adalah ‘Aviation Challenge’, ‘Digital & Gaming Challenge’, ‘iPad Challenge’, ‘E-Sport Challenge’, ‘Orienteering Challenge’ dan peraduan mewarna selain dua aktiviti dalam talian iaitu ‘World Peace Challenge’ dan ‘Environment Challenge’.
Selain itu, program utama lain merupakan Cabaran Budaya ASEAN di mana peserta berpeluang bersaing untuk dipilih sebagai Duta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan mempamerkan keupayaan kepimpinan cemerlang, kreativiti dan komitmen terhadap agenda tersebut.
Kesemua aktiviti EDUFEST 2025 berteraskan inovasi serta kreativiti selaras dengan aspirasi negara untuk membentuk pelajar sebagai generasi masa hadapan yang berkualiti, berketerampilan dan berdaya saing.
Festival selama empat hari ini mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri melalui kerjasama antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), Institut Dato’ Onn, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Educity serta pelbagai institusi pendidikan di Johor selaku rakan strategik.
#JohorSafeZone
#EDUFEST2025
#OrangMudaJohor
#PendidikanBerkualiti
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor