KERJASAMA PELBAGAI PIHAK BANTU GANTI 969 KATIL USANG HSAJB

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Katil oleh pertubuhan Fo Guang Shan kepada HSAJB di Wad Perubatan Perempuan 1, HSAJB. | Foto Facebook AH SOON
#JohorBahru – Komitmen Kerajaan Negeri memperkukuhkan kualiti sistem penjagaan kesihatan terus menerima sokongan orang ramai apabila Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menerima 860 unit katil sumbangan daripada pelbagai pihak sejak awal bulan ini.
Kesemua katil pelbagai jenis termasuk untuk Unit Rawatan Rapi (ICU), katil dewasa, kanak-kanak dan bayi itu berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan secara berperingkat dalam masa terdekat dengan sasaran menggantikan keseluruhan 969 daripada 1,206 katil di HSAJB dikenal pasti uzur menjelang September ini.
Sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri itu membantu mempercepatkan proses penggantian katil di hospital berkenaan yang dipercayai telah digunakan sejak tahun 1970-an.
Kerjasama erat itu turut mencerminkan komitmen bersepadu untuk memastikan pesakit dapat menerima rawatan dalam persekitaran lebih selesa serta selamat sekali gus membantu menangani cabaran bagi mendapatkan katil baharu yang perlu diimport dari luar negara.
Selain itu, pendekatan kerjasama berkenaan juga secara tidak langsung menterjemah usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan awam digerakkan mendapat perhatian pelbagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan pesakit di hospital utama di negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Katil oleh pertubuhan Fo Guang Shan kepada HSAJB di Wad Perubatan Perempuan 1, HSAJB pada Sabtu lalu.
#SistemKesihatanJohor
#HSAJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor