JS-SEZ BERI IMPAK POSITIF KEPADA INDUSTRI HALAL

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian Seminar Halal Johor : Perkongsian Negara Serantau 2025 sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), hari ini.
#IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang melibatkan kerjasama strategik Malaysia terutama Johor dan Singapura diumumkan secara rasmi pada Januari lalu, bakal memberikan kesan secara langsung kepada industri halal di negeri ini.
Melalui JS-SEZ, Johor meraih kesan dari aspek pelaburan rentas sempadan di mana Singapura sebagai pusat kewangan dan logistik dunia membuka ruang lebih besar kepada produk halal negeri untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Pada masa sama, JS-SEZ turut memberikan kesan terhadap rantaian bekalan halal global apabila gabungan kekuatan logistik antara Johor dan Singapura menjadikan zon berkenaan sebagai pintu masuk halal dunia.
Selain itu, inovasi dalam bidang bioteknologi, farmaseutikal, kosmetik dan teknologi makanan halal juga dapat dilahirkan dengan adanya kerjasama institusi akademik serta industri sekali gus menjadikan Johor sebagai hab inovasi halal serantau.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian Seminar Halal Johor : Perkongsian Negara Serantau 2025 sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), hari ini.
Seminar disertai oleh pemain industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan wakil badan pensijilan halal dari Singapura serta Indonesia itu menjadi usaha strategik memperkukuh rangkaian kerjasama serantau dan meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan mahupun motivasi bagi mencapai piawaian halal diiktiraf di peringkat global.
#JohorSafeZone
#PKHNJ2030
#SPHM
#JS-SEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor