NAIK TARAF JALAN TAMAN KEMPAS UTAMA – KAMPUNG MAJU JAYA SIAP

Jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya kini siap sepenuhnya. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kerajaan Johor komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan menerusi projek menaik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya yang kini siap sepenuhnya.
Projek dengan peruntukan lebih RM41 juta oleh Kerajaan Negeri melibatkan naik taraf jalan daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala itu berjaya disiapkan oleh kontraktor baharu yang dilantik pada tahun 2023.
Kerja menaik taraf itu turut membabitkan pembinaan jambatan baharu yang menggunakan kaedah gerbang BEBO, sistem perparitan dan pemasangan lampu jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna.
Projek berimpak tinggi sepanjang 2.2 kilometer tersebut menjadi penghubung utama antara bandar raya Johor Bahru menuju ke Saleng, Senai, Kulai dan Kota Tinggi sekali gus memberikan manfaat kepada orang ramai ke tempat kerja, sekolah serta kawasan perindustrian.
Komitmen berkenaan membuktikan Kerajaan Negeri serius dalam menyediakan pembangunan infrastruktur moden dan efisien terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026 serta merealisasikan Agenda Maju Johor 2030.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja bagi Menaik Taraf Jalan Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya, hari ini.
#JohorSafeZone
#KempasUtama
#KampungMajuJaya
#JKRJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



