JOHOR AKTIFKAN MOD KESIAPSIAGAAN TINGGI

Beberapa kawasan di Segamat, Tangkak dan Muar kini berisiko banjir susulan hujan lebat berterusan yang dijangka berlarutan hingga 29 November. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Beberapa kawasan di daerah Segamat, Tangkak dan Muar kini berada pada risiko banjir susulan kejadian hujan lebat berterusan sejak semalam yang juga dijangka berlarutan sehingga 29 November ini, menurut laporan terkini daripada Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

 

Susulan perkembangan ini, Kerajaan Negeri Johor memaklumkan bahawa seluruh jentera negeri kini berada dalam mod kesiapsiagaan yang tinggi dengan pemantauan rapi di kawasan hotspot, mobilisasi aset keselamatan dan penyediaan logistik kecemasan sedang dipergiat bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.

 

Pada masa sama, seluruh rakyat Johor diminta untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa, mendapatkan maklumat sahih daripada PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta MET Malaysia dan memberikan kerjasama penuh kepada agensi keselamatan sekiranya diarahkan untuk berpindah.

 

Kerajaan Negeri turut mengajak Bangsa Johor untuk sama-sama berdoa agar cuaca kembali stabil, dijauhkan daripada sebarang musibah dan semoga Allah SWT terus memelihara Johor serta seluruh rakyatnya.

 

#JohorSafeZone
#METMalaysia
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor