KERAJAAN PERSEKUTUAN LULUS RM8.4 JUTA BAIKI JAMBATAN PASIR GUDANG–PERLING

Penutupan lorong tengah laluan berkenaan sebelum ini dilaksanakan sebagai langkah keselamatan susulan kerosakan struktur akibat kemalangan pada 28 Julai tahun lalu, apabila sebuah lori membawa muatan melebihi had ketinggian jambatan 4.7 meter telah merempuh struktur jambatan berkenaan. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM8.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan Jambatan Pasir Gudang–Perling (Interchange Perling), sekali gus mencerminkan komitmen berterusan serta kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.
Susulan perkembangan positif tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor akan merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada kadar segera sehingga ia dapat diselesaikan sepenuhnya. Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi semua arahan keselamatan sepanjang tempoh kerja pembaikan berkenaan dijalankan.
Penutupan lorong tengah laluan berkenaan sebelum ini dilaksanakan sebagai langkah keselamatan susulan kerosakan struktur akibat kemalangan pada 28 Julai tahun lalu, apabila sebuah lori membawa muatan melebihi had ketinggian jambatan 4.7 meter telah merempuh struktur jambatan berkenaan.
Namun begitu, meskipun berlaku kerosakan pada rasuk bawah jambatan yang dibina pada tahun 1983, laluan Jalan Persekutuan FT017 masih boleh digunakan, dengan lorong tengah ditutup bagi mengurangkan beban ke atas struktur terbabit, selain langkah keselamatan dipertingkatkan melalui pemasangan lampu amaran dan penunjuk arah yang lebih jelas.
YB Tuan Ir. Ts. Mohammad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor turut menzahirkan penghargaan kepada YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pengangkutan serta seluruh kepimpinan Kementerian Kerja Raya atas kelulusan peruntukan yang membolehkan kerja pembaikan berkenaan dilaksanakan dengan segera, demi manfaat rakyat Johor.
#JohorSafeZone
#InterchangePerling
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



