JAMBATAN BAHARU PONTIAN KECHIL SIAP HUJUNG BULAN INI

Projek pembinaan jambatan baharu Pontian Kechil di Johor kini mencapai kemajuan 94% setakat Disember lalu. | Foto FB Fazli Salleh

 

#IskandarPuteri – Projek pembinaan jambatan baharu Pontian Kechil yang merupakan antara infrastruktur penting di Negeri Johor kini mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 94 peratus setakat Disember lalu.

 

Projek penggantian jambatan lama di Sungai Pontian Kechil bermula Januari 2023 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada hujung bulan ini, selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri memperkukuhkan rangkaian infrastruktur pengangkutan lebih selamat dan berdaya tahan.

 

Pembinaan jambatan baharu ini dilaksanakan berikutan keadaan infrastruktur sedia ada yang dikenal pasti uzur dan sempit, selain mempunyai had beban yang tidak lagi sesuai dengan kepadatan trafik semasa di laluan berkenaan.

 

Projek bernilai RM23.1 juta melibatkan pembinaan jambatan baharu sepanjang 75 meter dan selebar 27.3 meter ini bakal menawarkan kapasiti serta tahap keselamatan yang lebih baik kepada pengguna jalan raya, di samping meningkatkan kelancaran aliran trafik.

 

Selain itu, jambatan baharu ini menggunakan reka bentuk ‘3 Span Bridge’ (Semi Integral) dengan sistem ‘Prestressed Beam T-Beam’ serta dilengkapi empat lorong dua hala berbanding dua lorong dua hala sebelum ini.

 

Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan infrastruktur berkualiti bagi menyokong mobiliti, pertumbuhan ekonomi setempat dan kesejahteraan rakyat.

 

#JohorSafeZone
#InfraJohor
#JambatanPontianKechil
#KemudahanRakyat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor