JOHOR ANJUR PENTAS KALISTENIK TERBESAR DI ASIA

Johor menjadi tuan rumah bagi kejohanan berprestij Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 yang berlangsung di Calisthenics Park, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru.
#JohorBahru – Buat julung kalinya, Johor menjadi tuan rumah bagi kejohanan berprestij Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 yang berlangsung di Calisthenics Park, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru.
Kejohanan peringkat benua anjuran Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru telah membawakan kemuncak sukan kalistenik gaya bebas ke selatan tanah air, sekali gus meletakkan nama Johor di peta sukan ekstrem dan kecergasan peringkat antarabangsa.
Menampilkan 32 atlet elit dari 11 buah negara termasuk Jepun, Nepal, Thailand, India, Taiwan, Vietnam, Singapura dan Indonesia yang bertarung merebut gelaran juara Asia, acara bersejarah ini merupakan kejohanan kalistenik terbesar di rantau Asia.
Selain itu, kejohanan ini turut mendapat pengiktirafan rasmi daripada World Calisthenics Organization (WCO Sanction No. 041526-JOHOR/ASIA) dan sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan berikutan disiplin pertandingan elit Battle of the Bars.
Orang awam yang hadir disajikan dengan persembahan atlet elit berintensiti tinggi melangkaui batas kekuatan manusia seperti ‘freestyle battles’, ‘dynamic spins’ di udara, ‘static holds’ melawan graviti dan ketahanan fizikal yang memukau.
#JohorSafeZone
#CalisthenicsJohor
#JohorBarBattles
#ACC2026
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


