KK GELANG PATAH BUKTI KERAJAAN JOHOR MENSEJAHTERAKAN RAKYAT

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan usaha penambahbaikan di KK Gelang Patah, baru-baru ini. | Foto FB AH SOON

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus membuktikan komitmen dalam mensejahterakan rakyat apabila Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah kini melalui satu transformasi menyeluruh hasil pelaksanaan usaha penambahbaikan fasiliti yang berfokus kepada keselesaan pesakit dan juga petugas kesihatan.

 

Perubahan ketara fasiliti kesihatan itu dapat dilihat apabila keadaannya kini jauh lebih baik berbanding dua tahun lalu di mana isu kesesakan serius, kerosakan kerusi, sistem penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik serta sebahagian perkhidmatan kesihatan pula terpaksa terpaksa dijalankan di bawah khemah sementara.

 

Menerusi komitmen berterusan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta menerusi Belanjawan Johor 2025 di bawah inisiatif Bantuan Menaik Taraf Fasiliti Kesihatan yang turut melibatkan KK Majidee, KK Tebrau dan KK Kulai.

 

Melalui peruntukan tersebut, beberapa ruang baharu telah diwujudkan di KK Gelang Patah di mana susun atur klinik diperluas dan dipertingkatkan, penambahan kerusi disediakan, jalan rosak diturap semula serta perkhidmatan ibu dan anak dipindahkan ke lokasi yang lebih selesa bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu pesakit.

 

Transformasi KK Gelang Patah ini menjadi bukti nyata kejayaan Kerajaan Johor dalam menangani isu kesesakan fasiliti kesihatan dan akan dijadikan model untuk diperluaskan ke klinik-klinik lain, demi memastikan rakyat Johor dapat menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih selesa.

 

Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan usaha penambahbaikan di KK Gelang Patah, baru-baru ini.

 

#JohorSafeZone
#KKGelangPatah
#AgendaKesihatanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor