PEMBIAYAAN PERUMAHAN LEBIH CEPAT, MUDAH DENGAN JOSC

Sehingga kini, JOSC yang dilaksanakan lebih 80 kali berjaya membantu mempercepat proses pemilikan pasca pengundian apabila pemohon terus menerima sijil tawaran dan menyelesaikan pembiayaan tanpa menjejaskan jadual projek. | Foto Arkib MDJ

 

#IskandarPuteri – Kerjasama bersepadu menerusi pelaksanaan J-Home One Stop Center (JOSC) memudahkan urusan rakyat Johor mendapatkan pembiayaan perumahan mampu milik secara lebih cepat, tersusun dan mesra pemohon.

 

Inisiatif yang diselaraskan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) ini menghimpunkan institusi kewangan, pemaju, peguam serta agensi berkaitan di satu lokasi bagi mempercepat proses kelulusan pinjaman dan dokumentasi pembelian rumah.

 

Melalui pendekatan ini, pemohon tidak lagi perlu berurusan secara berasingan dengan pelbagai pihak kerana segala keperluan pembiayaan dan pengesahan dokumen dapat diselesaikan secara serentak dalam satu sesi.

 

PKPJ turut menjalinkan kerjasama dengan institusi kewangan utama seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Muamalat dan Bank Rakyat, selain sokongan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai sandaran pembiayaan kepada pemohon yang layak.

 

Pendekatan berpusat ini turut memberi bimbingan khusus kepada pembeli rumah kali pertama dengan penekanan kepada penyediaan dokumen lengkap termasuk slip gaji, pengesahan majikan dan penyata KWSP bagi melancarkan proses kelulusan.

 

Sehingga kini, JOSC yang dilaksanakan lebih 80 kali berjaya membantu mempercepat proses pemilikan pasca pengundian apabila pemohon terus menerima sijil tawaran dan menyelesaikan pembiayaan tanpa menjejaskan jadual projek.

 

Pelaksanaan JOSC membuktikan komitmen Kerajaan Johor untuk memastikan akses kepada pembiayaan perumahan mampu milik menjadi lebih mudah, inklusif dan berkesan demi kesejahteraan Bangsa Johor.

 

#JohorSafeZone
#RumahMampuMilikJohor
#PerumahanJohor
#JHomeOneStopCentre
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor