PROGRAM KOMUNITI MEH LAH PONTIAN: KELANA KERINGAT, USAHA PELIHARA WARISAN TEMPATAN

YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merasmikan Program Komuniti ‘Meh Lah Pontian: Kelana Keringat’ sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 di Pusat Rekreasi Tampok Laut, Pontian.

 

#Pontian – Usaha memelihara warisan tempatan di Negeri Johor terus diperkasakan menerusi Program Komuniti Meh Lah Pontian: Kelana Keringat yang diadakan sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 yang berlangsung di Pusat Rekreasi Tampok Laut.

 

Program anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama Jabatan Muzium Malaysia itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara institusi warisan, komuniti setempat dan masyarakat, selain mempromosikan keindahan alam semula jadi di daerah berkenaan.

 

Lebih menarik, program itu juga turut diserikan dengan elemen ‘Budaya Sarapan Johor’ yang menampilkan pelbagai sajian tradisional di negeri ini seperti kacang pool, lontong darat, sate, soto, mi bandung dan telur pindang, sekali gus mempromosi gastronomi Johor sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara dan diwarisi demi generasi masa hadapan.

 

Melalui program ini, ia secara tidak langsung turut mempromosikan daerah Pontian sebagai destinasi pelancongan warisan dan ekopelancongan yang kaya dengan khazanah alam semula jadi khususnya di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Taman Negara Johor Pulau Kukup serta ladang nanas yang menjadi identiti unik daerah berkenaan.

 

Terdahulu, YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merasmikan Program Komuniti ‘Meh Lah Pontian: Kelana Keringat’ sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 di Pusat Rekreasi Tampok Laut, Pontian.

 

#JohorSafeZone
#FHMAPK2026
#VisitJohor2026
#MehLahJohor
#MehLahPontian
#YayasanWarisanJohor
#MemeliharaWarisanBudaya
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor