SEKOLAH AGAMA RINTIS BANGSA JOHOR PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN NEGERI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke-28 dan menyempurnakan perasmian penutupan Program Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Johor Tahun 2026 di Stadium Tertutup Arena Larkin. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – Kerajaan Negeri terus memperkukuh model pendidikan Bangsa Johor menerusi pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor sebagai pelengkap kepada ekosistem pendidikan yang sedang dibangunkan di negeri ini.
Inisiatif yang merupakan cetusan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini merupakan sebahagian daripada usaha pemerkasaan sistem pendidikan negeri yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah dan pendidikan agama.
Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor akan menjadi kesinambungan kepada model pendidikan sedia ada selepas Johor melaksanakan empat Sekolah Rintis Bangsa Johor yang merangkumi dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah.
Pelaksanaan inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan berkualiti sekali gus menyokong hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 berasaskan acuan Johor.
Institusi sekolah agama dilihat sebagai antara tunjang penting dalam melahirkan generasi Bangsa Johor yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah memiliki jati diri, akhlak serta pegangan agama yang kukuh.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir pada Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke-28 dan menyempurnakan perasmian penutupan Program Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Johor Tahun 2026 di Stadium Tertutup Arena Larkin, hari ini.
#JohorSafeZone
#PendidikanIslamJohor
#SekolahAgamaRintisBangsaJohor
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


