DARI KEDUDUKAN KE-10, HARITH CIPTA KEJUTAN RAIH PERAK

Bermula di kedudukan ke-10 selepas peringkat kumpulan, Muhammad Harith Arfa Hamdy, 19, mencipta kejutan apabila berjaya mara hingga ke final sebelum meraih pingat perak acara epee lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
#ShahAlam – Bermula di kedudukan ke-10 selepas peringkat kumpulan, Muhammad Harith Arfa Hamdy, 19, mencipta kejutan apabila berjaya mara hingga ke final sebelum meraih pingat perak acara epee lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Harith yang kembali beraksi selepas hampir tiga bulan tidak menyertai sebarang pertandingan akibat kecederaan lutut, mempamerkan kebangkitan apabila melepasi satu demi satu halangan dalam pusingan kalah mati untuk menempah tempat ke final.
Meskipun kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya sehingga memerlukan rawatan fisioterapi serta sokongan pita pada lutut sebelum beraksi, keadaan berkenaan tidak menghalang Harith daripada memberikan persembahan terbaik buat Johor.
Dalam aksi final, Harith memberikan tentangan kepada wakil Melaka, Toon Zhen Kai sebelum terpaksa akur dengan keputusan 5-15 sekali gus menghadiahkan pingat perak kepada Kontinjen Johor.
Pencapaian terbaik ini merupakan pingat pertama Harith di pentas SUKMA, malah beliau sendiri tidak menjangkakan mampu melangkah hingga ke final selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ke-10.
Kejayaan tersebut membakar semangat Harith untuk kembali lebih kuat pada edisi SUKMA akan datang dengan tekad memperbaiki pencapaian dan memburu kilauan pingat emas.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#LawanPedang
#SukanFencing
#KontinjenJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


