PROJEK PERSIMPANGAN LINGKARAN DALAM SIAP PERTENGAHAN OKTOBER INI

Kerja-kerja di kedua-dua persimpangan berkenaan kini berjalan mengikut jadual, melibatkan Jalan Lingkaran Dalam–Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Lingkaran Dalam–Jalan Tebrau bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan berkenaan. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Projek penambahbaikan persimpangan di Jalan Lingkaran Dalam di bandar raya Johor Bahru dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober ini bagi melancarkan aliran trafik, khususnya pada waktu puncak.
Kerja-kerja di kedua-dua persimpangan berkenaan kini berjalan mengikut jadual, melibatkan Jalan Lingkaran Dalam–Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Lingkaran Dalam–Jalan Tebrau bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan berkenaan.
Antara penambahbaikan yang dilaksanakan ialah penstrukturan semula pergerakan kenderaan dan pembinaan pulau trafik bagi membolehkan aliran trafik bergerak lebih lancar tanpa perlu menunggu di lampu isyarat bagi laluan tertentu.
Pengalihan lampu isyarat di persimpangan tertentu turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada penambahbaikan berkenaan bagi mengurangkan tempoh masa menunggu pengguna jalan raya.
Usaha ini dijangka dapat melancarkan perjalanan pengguna Jalan Lingkaran Dalam, khususnya mereka yang menggunakannya untuk urusan kerja, persekolahan dan aktiviti harian yang lain.
Pelaksanaan projek turut melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Johor Bahru bersama kontraktor serta pasukan teknikal.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, mengadakan tinjauan ke lokasi bagi melihat perkembangan projek penambahbaikan persimpangan berkenaan.
#JohorSafeZone
#JalanLingkaranDalam
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


