JOHOR PERKUKUH SUMBER PERIKANAN, 1 JUTA BENIH DILEPASKAN

YB Tuan Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor pada program pelepasan benih perikanan. | Foto FB Israk Abdullah
#IskandarPuteri – Lebih 1 juta benih perikanan melibatkan pelbagai spesies ikan dan udang galah telah dilepaskan di 24 lokasi perairan umum Johor sepanjang tahun ini bagi memulihkan serta menambah sumber perikanan, sekali gus memastikan sektor keterjaminan makanan di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan mampan.
Benih yang dilepaskan terdiri daripada spesies tempatan yang dibenarkan dan bersesuaian dengan ekosistem asal lokasi perairan berkenaan, antaranya udang galah, ikan baung sungai, ikan sebarau, ikan kelah, ikan terbul, ikan lampam sungai dan ikan siakap.
Inisiatif berkenaan dilihat berupaya memberi manfaat kepada lebih 1,200 nelayan darat di seluruh Johor dengan membantu memastikan sumber perikanan dapat dikekalkan secara dinamik untuk dimanfaatkan secara berterusan.
Kerajaan Johor juga turut menyediakan peruntukan lebih RM500,000 bagi tahun 2026 untuk melaksanakan program pemuliharaan dan pengukuhan sumber perikanan di negeri ini.
Terbaharu, sebanyak 10,000 ekor benih ikan siakap dilepaskan di perairan Kampung Permas Besar, Kukup dalam program bersama komuniti setempat di Jeti Nelayan Kampung Permas Besar.
Selain menyokong keterjaminan makanan, ia juga dilihat berpotensi untuk meningkatkan hasil dan pendapatan nelayan serta ekonomi komuniti setempat.
Terdahulu, YB Tuan Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, hadir bersama komuniti setempat pada program pelepasan benih berkenaan yang turut dihadiri YBrs. Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#PerikananJohor
#KeterjaminanMakanan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



