AMARAN HUJAN BERTERUSAN, BANGSA JOHOR DIMINTA TERUS BERWASPADA

Rakyat Johor dinasihatkan menjauhi kawasan pantai dan perairan serta peka terhadap perubahan cuaca dengan merujuk maklumat rasmi daripada PRABN, JPS dan MET Malaysia. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) serta angin kencang dan laut bergelora yang dijangka melanda beberapa daerah di Negeri Johor bermula pada 7 hingga 8 Disember ini.

 

Keadaan hujan berterusan itu dijangka akan melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, selain angin kencang kategori pertama dijangka melanda perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman dan kawasan sekitar dengan ketinggian ombak boleh mencecah antara 2.5 hingga 3.5 meter.

 

Susulan perkembangan itu, Kerajaan Negeri terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan melalui koordinasi rapat bersama agensi keselamatan menerusi pemantauan secara berkala di kawasan berisiko, terutama di tebing sungai dan kawasan dataran rendah.

 

Selain itu, persiapan aset kecemasan turut dilakukan melibatkan beberapa lokasi strategik bagi memastikan tindakan pantas akan dapat dilaksanakan sekiranya keadaan bertambah buruk.

 

Justeru, rakyat Johor digesa agar mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan pantai dan perairan serta diminta supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca termasuk merujuk kepada maklumat rasmi daripada Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MET Malaysia.

 

#JohorSafeZone
#METMalaysia
#HujanLebat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor