Entries by Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

TMIYC MUAR DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Pembangunan dan naik taraf infrastruktur Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Muar dijangka siap pada hujung tahun ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengadakan lawatan ke tapak pusat belia berkenaan.   “Saya telah turun ke tapak TMIYC Muar bagi melihat status pembangunan dan […]

12,000 PEK MAKANAN DIAGIHKAN DI 2 LOKALITI

  ISKANDAR PUTERI — Projek Komuniti Di Hati diteruskan ke dua lokaliti di bandar raya Johor Bahru melibatkan edaran 12,000 pek makanan kepada golongan sasar.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, dua lokaliti terbabit adalah PPR Sri Stulang dan Rumah Pangsa Larkin.   Menurutnya, menerusi projek tersebut, seramai […]

SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR RAKAM RASA SEDIH

Datuk Seri Salahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah jam 9.23 malam tadi.   ISKANDAR PUTERI — Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menitipkan doa dan ucapan takziah atas kepulangan Datuk Seri Salahuddin Ayub ke Rahmatullah, sebentar tadi.   Beliau turut merakamkan rasa sedih atas pemergian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri […]

GERAKAN KOPERASI JOHOR JADI PEMANGKIN EKONOMI NEGERI : EXCO HAIRI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan pengiktirafan kepada usahawan dan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi menghargai peranan mereka dalam industri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata kredibiliti Gerakan Koperasi di negeri ini mampu menjadi pemangkin dan merangsang ekonomi […]

700 PENGUNJUNG BERJAYA DAFTAR PERMOHONAN RMMJ

  ISKANDAR PUTERI — Inisiatif pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan agensi Kerajaan serta bukan kerajaan tidak hanya dapat memberi kemudahan kepada pengunjung tetapi juga membantu menyelesaikan beberapa urusan dengan berkunjung ke satu lokasi sahaja.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor yang hadir ke Program One Stop […]

PDRC PASTIKAN AGENDA PERUMAHAN IKUT KOMPONEN YANG DITETAPKAN

  ISKANDAR PUTERI — Jawatankuasa Penilaian, Perancangan dan Reka Bentuk (PDRC) akan terus memastikan syarikat pemaju mematuhi dasar perumahan dengan membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) pada harga kurang daripada RM150,000 mengikut komponen yang sudah ditetapkan.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pihaknya akan terus memantau […]

LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT PERTAMA AKAN DIBANGUNKAN : DATUK BANDAR MBPG

  ISKANDAR PUTERI — Pasir Gudang bakal membina sebuah loji rawatan kumbahan berpusat dengan konsep taman industri moden yang pertama di kawasan berkenaan.   Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Asman Shah Abd Rahman, berkata pembangunan loji rawatan kumbahan berpusat ini merupakan satu manifestasi dasar keprihatinan dalam menyokong perancangan pembangunan kawasan Pasir Gudang […]

JPDC LAKSANA PROGRAM LATIHAN KEPADA 6,500 TENAGA KERJA

  JOHOR BAHRU — Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) melaksanakan program latihan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula kepada hampir 6,500 tenaga kerja industri hiliran minyak dan gas serta petrokimia.   Pemangku Ketua Eksekutif JPDC, Izhar Hifnei Ismail berkata, program ‘upskilling and reskilling’ itu dilaksanakan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sepanjang tahun 2013 hingga […]

INISIATIF EKMLTK HARGAI GURU SAKJ BERTUGAS DI PEDALAMAN

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor mengambil inisiatif meluluskan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) yang baharu bagi menghargai kesusahan yang dihadapi guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang bertugas di kawasan pedalaman.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kadar elaun baharu (EKMLTK) itu juga turut meluaskan kawasan sekolah […]

204 PENCARI KERJA DITAWARKAN PEKERJAAN

  ISKANDAR PUTERI — Mega Gerak Kerjaya MYFutureJobs Johor 2023 merekodkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung terutama pencari kerja dari dalam mahupun luar negeri ini.   Program anjuran Kerajaan Negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor berlangsung di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru itu menyaksikan 204 pemohon menerima tawaran kerja selepas menghadiri temu duga […]