NAZRI ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGERI JOHOR SIMPANG JERAM
ISKANDAR PUTERI — Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman hari ini, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Johor selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram pada 9 September lalu. Beliau mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi […]