Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

PROJEK RTS LINK TERUS DIBERI KEUTAMAAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor terus komited memastikan projek pengangkutan awam berimpak tinggi Sistem Rapid Transit (RTS Link) Johor Bahru – Singapura dapat disiapkan sebelum Disember 2026 seterusnya beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.   Malah, pemantauan secara rapi akan dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa khas Task Force Projek Berimpak Tinggi Negeri Johor dianggotai pelbagai jabatan dan agensi […]

PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR PACU ALIRAN TRAFIK PENERBANGAN

  Peningkatan sebanyak 37.5 peratus pergerakan penumpang ke pintu masuk negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) mencerminkan pertumbuhan ekonomi kukuh dan agenda pembangunan pelancongan yang konstruktif di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.   Pencapaian signifikan tersebut bagi Kennedy Ayu, Ketua Pegawai Eksekutif LTAS adalah disebabkan infrastruktur moden disediakan […]

KERAJAAN NEGERI DENGAR ADUAN, KELUHAN RAKYAT

  Prihatin dengan aduan dan keluhan pengguna laluan FT03 Kota Tinggi – Johor Bahru kerana terpaksa yang terpaksa mengharungi kesesakan akibat kerja-kerja membaiki jalan, Kerajaan Negeri telah mengarahkan baki 40 kerja yang masih belum bermula dihentikan dahulu perancangan kerja.   Melibatkan 40 lokasi, kesemua baki kerja itu perlu dirancang semula dari segi semua aspek termasuk […]

PAJ SEDIA BANGUNKAN APLIKASI MUDAH ALIH

  Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sentiasa komited meningkatkan mutu perkhidmatannya termasuk bersedia membangunkan aplikasi mudah alih bagi membantu pengguna pengangkutan awam di negeri ini merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat pergerakan bas secara ‘real time’.   Pembangunan sistem pintar tersebut menjadi pertimbangan PAJ dalam usaha memastikan pengguna perkhidmatan awam menikmati perjalanan lebih lancar, membeli […]

10,000 BANJIRI DATARAN SEGAMAT, ZAHIR JIWA MERDEKA

  Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 yang diadakan di Dataran Segamat, berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni hari ini.   Hampir 10,000 rakyat Johor pelbagai lapisan umur termasuk 5,897 peserta perarakan membanjiri perkarangan Dataran Segamat sejak jam 6.30 pagi menzahirkan kecintaan kepada negara seterusnya menjiwai semangat merdeka.   Acara perarakan dan […]

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR NAIK KERETA API SEMARAK JIWA MERDEKA

  Program Ekspres Merdeka: Dari Selatan Dengan Jiwa Merdeka Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian aktiviti diadakan sepanjang perjalanan menaiki kereta api dari Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) Segamat.   Program julung kali diadakan diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, […]

INOVASI ‘GASING REKREASI’ KEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

  Bagi generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan permainan gasing, sudah tentu bermandi peluh untuk mengendalikan tali gasing agar dapat berpusing dalam tempoh lebih lama.   Namun, hasil kajian mendalam dilakukan oleh Yunus Ismail, 53, gasing rekreasi ciptaannya sejak tahun 2013 berjaya menyelesaikan masalah orang muda yang ingin mencuba permainan tradisional itu selain boleh dijadikan […]

JETCO BANTU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN DI JOHOR

  Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura terus memainkan peranan signifikan menjayakan hasrat Kerajaan Negeri merancakkan ketiga-tiga sektor berkenaan dengan penglibatan pemain industri antara Johor dan Singapura.   Menerusi siri ketiga program Networking Lunch & Johor Tourism Product Update, JETCO menyediakan platform buat 30 pemain industri pelancongan bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala […]

FOREST CITY BUKAN ‘BANDAR HANTU’

  #IskandarPuteri – Sebanyak 80 peratus unit komersial di Pulau Satu, sebuah pulau buatan seluas 700 ekar terletak di Forest City telah ditempah dalam masa kurang sejam sejak dilancarkan di galeri jualan Forest City.   Ia sekali gus menepis dakwaan tidak berasas Forest City sebagai bandar berhantu dan tidak berpenghuni tetapi sebaliknya pelbagai usaha telah […]

SKUAD PETANQUE JOHOR HADIAHKAN EMAS BUAT JURULATIH

  Skuad petanque wanita Johor mendedikasikan kemenangan istimewa diraih pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat ketua jurulatih, Ruhaizal Abu Amin yang banyak berkorban demi kebajikan pasukan.   Siti Zulika Zainal Abidin, 19, yang membuat penampilan sulung di pentas SUKMA menzahirkan kesyukuran selepas dapat membantu kem petanque Johor mencapai sasaran satu pingat […]