Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

  Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa Johor menikmati akses internet pantas dan meluas di beberapa lokasi menjelang Julai ini.   Inisiatif terbaharu Kerajaan Johor itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 12,000 keluarga terutamanya di 25 kawasan hotspot Program Perumahan […]

JS-SEZ BERI LIMPAHAN MANFAAT KEPADA PKS

  Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini, sekali gus merangsang perkembangan pesat dan menghadirkan kesan berganda terhadap ekonomi setempat.   Menerusi kemasukan teknologi dibawa masuk pelabur ke dalam zon khas itu kelak, Prof. Madya Dr. L. Nanthakumar, Pensyarah Fakulti Pengurusan dari […]

16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU

  Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.   Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga […]

PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN SEDIA JAYAKAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  Langkah proaktif Kerajaan Negeri menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor disambut baik pemain dan penggerak industri yang turut menyatakan kesediaan untuk tidak ketinggalan bersama menjayakan pelaksanaan Tahun Melawat Johor 2026.   Bagi Ivan Teoh, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Johor menyifatkan bengkel selama dua hari itu menjadi platform perkongsian idea bernas dan mewujudkan […]

JOHOR SERIUS ANJUR TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  Meskipun masih berbaki kurang dua tahun lagi menjelang Tahun Melawat Johor 2026, namun gerak kerja awal bagi menghadapi program terbesar negeri itu telah dimulakan menerusi Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor yang melibatkan 90 peserta yang terdiri daripada pemain dan pemegang taruh industri tersebut.   Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim, Ketua Tourism Planning Research Group, […]

WARGA FELDA ‘TABIK’ KERAJAAN JOHOR

  Walaupun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah di bawah kerajaan pusat namun bagi golongan peneroka di negeri ini perlu berasa bertuah kerana mereka sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Johor.   Malah Kerajaan Negeri Johor sentiasa berusaha, prihatin dan sentiasa mengambil berat keperluan dan hal ehwal semasa masyarakat peneroka bagi memastikan soal kebajikan mereka […]

6,000 ‘SPARTAN’ BAKAL GEGAR ISKANDAR PUTERI

  Negeri Johor terus menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa apabila hampir 6,000 peserta dari 18 negara bakal menggegarkan bumi Iskandar Puteri dalam perlumbaan Spartan Race Trifecta Weekend pada 27 hingga 28 April ini.   Malah, lokasi strategik yang berhampiran dengan pintu sempadan negara serta prasarana fasiliti sukan sedia ada yang kondusif juga […]

“ARWAH WIRA FELCRA BUKIT KEPONG”

  Legasi dan jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dipastikan sentiasa berada dalam ingatan penduduk khususnya generasi muda Kampung FELCRA Bukit Kepong, Muar.   Meskipun berasa agak terkilan tidak dapat merealisasikan hasrat Allahyarham untuk mengadakan kursus pemantapan patriotisme bagi generasi ketiga penduduk […]

LAMBAIAN TERAKHIR SEORANG SAHABAT

  Tidak ada seorang pun menyangka kesungguhan Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad untuk menemui setiap rakan ‘sepermainan’ ketika berhari raya di Kampung FELCRA Bukit Kepong sebagai lambaian perpisahan buat selamanya.   Malah, Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga turut menghubungi rakan kenalan yang tidak sempat ditemuinya untuk bertanyakan khabar dan mengucapkan […]

ARWAH ‘PERGI’ SEBAGAI SEORANG PEJUANG

  Tiada apa yang lebih memilukan buat insan yang bergelar bapa untuk menerima ketentuan anak tersayang telah ‘pergi’ terlebih dahulu dijemput ilahi dan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang menyayat hati.   Namun bagi Mohamad Borak, 71, beliau menganggapnya sebagai ketentuan daripada Allah dan akan tetap reda serta mendoakan supaya anak keduanya, Allahyarham Komander Muhamad Amir […]