Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

RKK SASAR PEMULIHARAAN SUNGAI TEBRAU

  JOHOR BAHRU — Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Tebrau (MBJB) 2035 dilihat mampu memacu usaha Kerajaan Negeri Johor di dalam memulihara dan meningkatkan kualiti sungai tersebut.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata Sungai Tebrau kini berada di tangga ke-53 di dalam senarai sungai paling kotor […]

PENGUAT KUASA PBT DI JOHOR BAKAL DILENGKAPI KAMERA BADAN

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan inisiatif penggunaan teknologi kamera badan bagi setiap anggota penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertugas di lapangan masing-masing.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata penggunaan teknologi itu akan dimulakan oleh empat PBT di bandaraya Johor Bahru. […]

JAWATANKUASA KHAS DIBENTUK PERHALUSI PEMBINAAN HSA 2

  ISKANDAR PUTERI — Sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) di atas tanah milik kegunaan Kementerian Pertahanan (MINDEF).   Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas mengadakan pertemuan dan pembincangan bersama Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.   Beliau turut […]

PENGUSAHA TANAMAN PISANG KOA SEGAMAT KECIL TERIMA BANTUAN PASCA BANJIR

  SEGAMAT — Pekebun kecil mengusahakan tanaman pisang dari Kampung Orang Asli (KOA) yang terjejas akibat banjir pada Mac lalu, mengukir senyuman selepas menerima bantuan daripada Kerajaan Johor.   Hairi Din, 23, menerima bantuan 500 benih pisang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip ketika […]

RM1.6 BILION PERUNTUKAN RANCANGAN TEBATAN BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) itu bagi penyelesaian jangka masa panjang masalah banjir itu melibatkan Lembangan Sungai Muar, Segamat, Lembangan Sungai Johor, Kota […]

#BeritaMDJ | CADANG ELAUN TOK BATIN DI DALAM BELANJAWAN JOHOR 2024

  SEGAMAT — Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk memasukkan pemberian elaun khas tok batin masyarakat Orang Asli di negeri ini di dalam Belanjawan Johor 2024 akan datang.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata elaun khas daripada Kerajaan Negeri akan membantu tok batin di negeri […]

PERUNTUKAN RM4.5 BILION UNTUK 496 PROJEK PEMBANGUNAN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI –– Sebanyak RM4.5 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk 496 projek pembangunan di Negeri Johor.   Berita baik itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan.   “Kerajaan Negeri juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan 496 projek dengan […]

MOTAC SETUJU SALUR RM3.5 JUTA NAIK TARAF INFRASTUKTUR PELANCONGAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju menyalurkan peruntukan RM3.5 juta bagi melaksanakan kerja menaik taraf infrastruktur kawasan pelancongan di negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing. […]

KERAJAAN JOHOR GIAT LAKSANA PEMUTIHAN KEMISKINAN TEGAR

  TANGKAK — Kerajaan Johor terus beriltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini menjelang tahun 2025, dengan melaksanakan proses pemutihan di semua daerah.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, usaha tersebut selari agenda menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2030.   “Kita mulakan dahulu dengan […]

PTG JOHOR GALAK BUDAYA TRANSAKSI TANPA TUNAI

  TANGKAK — Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor menggalakkan pembayaran cukai tanah tanpa tunai secara atas talian di seluruh negeri ini.   Pengarahnya, Dato’ Ashari Kasnan berkata, PTG ingin memupuk kaedah berkenaan dalam transaksi urusan mereka yang disifatkan lebih telus dan selamat.   “Kita di PTG amat menggalakkan kaedah pembayaran sedemikian kerana ia […]