JOHOR SALUR RM27.04 JUTA UNTUK PENYELESAIAN ISU RAKYAT MELALUI MTD

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor memperkukuh usaha bagi memastikan setiap isu rakyat di kawasan Dewan Negeri (DUN) di negeri ini akan dapat diselesaikan dengan segera melalui pelaksanaan inisiatif Penyelesaian Isu-Isu Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).   Inisiatif di bawah Teras 4: Kemudahan dan Keperluan Asas pada Belanjawan Johor 2026 itu menyaksikan peruntukan sebanyak RM27.04 juta akan […]

JOHOR PERUNTUK RM134 JUTA PASTIKAN NEGERI SELAMAT, BERSIH DAN LESTARI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM134 juta pada Belanjawan Johor 2026 bagi melaksanakan 21 inisiatif di bawah Teras Kelima: Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar dalam usaha memastikan Johor terus kekal selamat, bersih dan lestari, selaras dengan hasrat membina negeri seimbang antara kemajuan fizikal dan kesejahteraan rakyat.   Sebanyak RM22.6 juta diperuntukkan bagi […]

HASIL NEGERI DIPULANG KEPADA RAKYAT MENERUSI BANTUAN KASIH JOHOR

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) di bawah Belanjawan Johor 2026 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM170 juta yang bakal memanfaatkan lebih 330,000 penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat di seluruh negeri ini.   YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memaklumkan, pelaksanaan […]

JOHOR PERKUKUH INDUSTRI AGRO MELALUI PENJENAMAAN DURIAN DAN NANAS JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor terus memperkasa sektor pertanian berimpak tinggi melalui penjenamaan dua produk kebanggaan negeri iaitu Durian Johor dan Nanas Johor sebagai jenama agro premium yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.   Penjenamaan itu akan menumpukan kepada penghasilan beberapa varieti baharu berkualiti eksport, pembangunan produk hiliran seperti pes, makanan dan minuman berasaskan […]

ELAUN KETUA KAMPUNG DAN BATIN ORANG ASLI NAIK RM300 SEBULAN

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan kenaikan elaun bagi Ketua Kampung dan Batin Orang Asli sebanyak RM300 sebulan berkuat kuasa mulai Januari 2026, menjadikan elaun bulanan mereka berjumlah RM1,500 berbanding RM1,200 sebelum ini.   Inisiatif tambahan yang diumumkan ini bakal memanfaatkan seramai 667 Ketua Kampung dan 46 Batin Orang Asli, dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak […]

JOHOR BENTANG BELANJAWAN BERJUMLAH RM2.5 BILION, CATAT LEBIHAN RM4.45 JUTA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 dengan hasil negeri diunjurkan mencecah RM2.55 bilion, sekali gus menjadi jumlah tertinggi dalam sejarah negeri dan secara tidak langsung menandakan keupayaan fiskal yang kukuh serta pengurusan kewangan yang berhemah.   Belanjawan kali ini yang bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’ dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz […]

JOHOR SUMBANG KOTAK MAKANAN SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI MTL

  #IskandarPuteri – Sebagai langkah persediaan awal menghadapi ketibaan musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Menteri Besar Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menyalurkan penghantaran kotak sumbangan makanan bencana ke 10 daerah di seluruh negeri ini.   Inisiatif ini dilaksanakan di bawah penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri […]

TUAN HAJI ISMAIL ROSLI AL-HAFIZ DINOBATKAN TOKOH HUFFAZ NEGERI JOHOR 2025

  #JohorBahru – Bekas guru Pendidikan Islam dan Syariah Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, YBhg Tuan Haji Ismail Rosli al-Hafiz dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Huffaz Negeri Johor 2025 pada Majlis Ijtimak Huffaz Negeri Johor 2025 yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar Johor, hari ini.   Tuan Haji Ismail yang berasal dari […]

BELANJAWAN JOHOR 2026 DIJANGKA KEKAL BERHEMAH

  #IskandarPuteri – Johor dilihat akan terus berada pada landasan kukuh untuk membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang lebih berhemah, berfokus dan berpaksikan rakyat susulan rekod kewangan negeri yang stabil serta kemampuannya dalam mengekalkan status ‘surplus’ atau lebihan dalam belanjawan sebelum ini.   Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah, Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan […]

ORANG AWAM DINASIHATKAN BERTENANG SUSULAN GEGARAN LEMAH DI SEGAMAT

  #IskandarPuteri – Orang awam dinasihatkan supaya kekal bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih susulan kejadian gegaran lemah bermagnitud 2.7 yang dilaporkan berlaku di daerah Segamat, hari ini.   Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, memberitahu satu gegaran gempa bumi lemah telah berlaku pada jam 7.55 malam, 3 […]