1,000 LAMPU SOLAR LED DITERIMA TAHUN INI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan 1,000 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis LED Solar kepada Negeri Johor bagi pelaksanaan projek rintis pemasangan lampu berkenaan pada tahun ini.   Projek tersebut dilaksanakan di kawasan luar dan pinggir bandar, perkampungan Orang Asli, kawasan di luar pengoperasian Pihak Berkuasa Tempatan […]

RM5.4 JUTA PEMBANGUNAN KAPASITI PENJAWAT AWAM

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5.4 juta di dalam Belanjawan Johor 2025 bagi pembangunan kapasiti penjawat awam dengan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) akan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menjayakan agenda Maju Johor.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 15 program peningkatan kemahiran untuk […]

JOHOR MASIH KEKAL LARANGAN JUAL VAPE

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor masih lagi mengekalkan status larangan penjualan vape atau rokok elektronik serta tidak sesekali akan mengeluarkan sebarang lesen bagi penjualan produk terbabit di seluruh negeri ini.   Larangan yang dikuatkuasa sejak tahun 2016 itu masih terpakai terutama membabitkan urus niaga jual beli vape dan perisa yang mengandungi bahan nikotin dengan tindakan […]

PENINGKATAN PENGELUARAN DALAM TEMPOH LIMA TAHUN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menerusi Agenda Keterjaminan Makanan Negeri Johor menyasarkan peningkatan pengeluaran kepada tiga subsektor komoditi utama dalam tempoh tahun 2022 hingga 2027.   Tiga subsektor komoditi utama yang disasarkan adalah peningkatan 33 peratus masing-masing bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, 62 peratus untuk akuakultur serta 34.5 peratus populasi ternakan ruminan.   Sasaran berkenaan […]

JOHOR VOLUNTEERS FORCES KEMBALI

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi menghidupkan semula Johor Volunteers Forces (JVF), sebuah pasukan kesukarelawanan yang akan melatih seluruh penjawat awam negeri ini dari aspek pengurusan kecemasan dan bencana.   Bagi tujuan itu, sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada […]

BANGGA MENABUR BAKTI 31 TAHUN

  #IskandarPuteri – Selepas 31 tahun menabur bakti berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) bakal bersara wajib pada 24 November ini.   Menyingkap sejarah perkhidmatannya, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah Pontian pada 1 Mac 1993 dan kemudian diberikan tanggungjawab […]

JOHOR SEDIA SELARAS CUTI HUJUNG MINGGU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi pelaksanaan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.   Kerajaan Negeri yakin keputusan berkenaan […]

JOHOR BENTANG BELANJAWAN SURPLUS RM5.12 JUTA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan RM5.12 juta pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.   Belanjawan bertemakan ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’ dibentangkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar itu telah mencatatkan ‘surplus’ untuk tiga […]

2,657 UNIT LAMPU JALAN KAMPUNG SIAP DIPASANG

  #IskandarPuteri – Sebanyak 2,657 unit lampu jalan telah siap dipasang membabitkan 899 kampung di seluruh Negeri Johor, sekali gus dapat menjayakan strategi memperluas jaringan jalan raya dan perhubungan di dalam Belanjawan Johor 2024.   Inisiatif yang turut melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini secara tidak langsung membolehkan […]

KOMPETENSI JCS PACU MAJU JOHOR

  #JohorBahru – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) terus memainkan peranan penting dalam melahirkan penjawat awam berkeupayaan dan berkemahiran bagi menjayakan agenda Kerajaan Negeri untuk menjadi Johor sebagai negeri berdaya saing dan maju menjelang tahun 2030.   Ditubuhkan pada tahun 2020, Akademi JCS sudah melaksanakan lebih 100 program peningkatan kompetensi termasuk program pasca […]