PERMATA JOHOR YANG BERSINAR

  Pengiktirafan ke atas pelajar dan sekolah yang mewakili seterusnya mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai acara dan pertandingan di peringkat antarabangsa diteruskan dengan penyampaian insentif galakan program Johor Stars Go Global siri 2 anjuran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).   Penerima insentif, Orkes Sujana Bakti dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan […]

JOHOR SEDIA JADI HAB PUSAT DATA SERANTAU

  Pengoperasian fasiliti penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka di Asia, Princeton Digital Group (PDG) di Taman Teknologi Sedenak (STeP 1) memacu Johor berada di landasan yang tepat sebagai hab pusat data terbesar di Asia Tenggara.   Pembukaan fasiliti fasa pertama pusat data hiperskala 150 megawatt (MW) melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion itu dijangka menyediakan 500 […]

TABUNG KASIH JOHOR-PALESTIN 2.0 AKAN DILANCARKAN

  Menginsafi penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Kerajaan Johor terus menzahirkan solidariti dan keprihatinan sekali gus bakal melancarkan Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menghulur sumbangan bagi meringankan beban umat Islam di sana.   Menerusi tabung berkenaan, bantuan kemanusiaan akan disampaikan dalam bentuk barangan berbanding wang tunai seperti sebelum ini […]

KERAJAAN NEGERI PEDULI ORANG MUDA JOHOR

  Golongan belia disaran memanfaatkan penganjuran Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor ke 10 daerah anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk menyuarakan aspirasi masing-masing sekali gus membuang stigma seolah-olah pandangan dilontarkan tidak didengari.   Sejak tahun 2021 hingga 2024, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan signifikan iaitu RM250.1 juta yang diterjemahkan dengan […]

ANAK SYARIKAT JOHOR PLANTATIONS GROUP DIIKTIRAF STATUS BIONEXUS

  JPG Greenergy Ventures Sdn. Bhd. dianugerahkan Status BioNexus oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).   Status BioNexus memperkasa syarikat-syarikat yang layak untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor bioteknologi dengan manfaat termasuk insentif fiskal, pembiayaan, fasilitasi pelaburan dan perkhidmatan nasihat.   Anak syarikat Johor Plantations Group […]

JOHOR BAKAL PENYUMBANG UTAMA INDUSTRI SARANG BURUNG WALET

  Negeri Johor bakal menjadi penyumbang utama pertumbuhan industri sarang burung walet di negara ini, menerusi pembukaan kemudahan bioteknologi baharu Glyken International Berhad (Glyken) bernilai RM6.6 juta di Kawasan Perindustrian SiLC.   Kemudahan canggih berkeluasan 29,220 kaki persegi itu dibangunkan hasil sokongan dan kerjasama diberikan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu […]

PAYA BAKAU PENYIMPAN KARBON UNGGUL

  Hutan paya bakau biasanya ditemui di kawasan berlumpur di muara sungai dan tepi pantai yang ditumbuhi pokok bakau berperanan penting dalam keseimbangan ekosistem selain berfungsi sebagai habitat semula jadi spesis flora dan fauna serta kawalan banjir mahupun hakisan pantai.   Bagi Dr. Ahmad Aldrie Amir, Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan […]

KETEGASAN YANG DI-PERTUAN AGONG DEMI NEGARA DAN RAKYAT

  Tanggal 31 Januari yang lalu telah menjadi peristiwa bermakna dan bersejarah dengan bermula tempoh pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selama lima tahun.   Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII disambut penuh gembira seluruh Bangsa Johor berserta rakyat Malaysia amnya apatah lagi Seri Paduka […]

JOHOR TERIMA RM70.12 JUTA PACU SEKTOR AGROMAKANAN

  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM70.12 juta kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan meliputi sektor ternakan, tanaman, akuakultur dan memperkasa industri nanas selain pemerkasaan pemasaran dan aktiviti eksport hasil pertanian serta pembangunan usahawan agro di seluruh Johor pada tahun ini.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM19.2 juta diperuntukkan di bawah Program […]

GEMILANG 100 TAHUN TAMBAK JOHOR

  Sambutan 100 Tahun Tambak Johor diraikan dengan penuh bermakna sebagai memperingati lakaran bersejarah peristiwa perasmian struktur binaan ikonik seabad yang lalu serta hubungan akrab antara Malaysia khususnya Negeri Johor dan Singapura, hari ini.   Lebih istimewa, sambutan telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berkenan untuk […]