KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI PENGERANG DIPADAM SEPENUHNYA

  #IskandarPuteri – Kejadian kebakaran tanah gambut di kawasan Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi telah berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya hasil tindakan bersepadu jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.   Susulan kejayaan operasi pemadaman itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan perumahan penduduk yang terjejas sebelum ini telah menunjukkan trend […]

JAS KENAL PASTI PUNCA PENCEMARAN SUNGAI SAYONG DALAM TEMPOH 48 JAM

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah bertindak pantas bagi mengenal pasti punca pencemaran Sungai Sayong di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi dalam tempoh kurang 48 jam susulan daripada aduan awam yang diterima pada 25 Januari lalu.   Bertindak atas aduan itu, JAS terus melaksanakan siasatan pada hari […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI PENGERANG TERKAWAL DAN KEMBALI PULIH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan insiden kejadian kebakaran di kawasan tanah gambut di Pengerang, Kota Tinggi dapat dikawal sepenuhnya serta kembali pulih dengan selamat.   Bagi tujuan itu, antara langkah strategik seperti pembinaan ‘fire breaker’, penggunaan pam air serta perancangan […]

PELABURAN ECOCERES CIPTA LEBIH 300 PEKERJAAN BERKUALITI DAN GAJI PREMIUM

  #IskandarPuteri – Kehadiran EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. (EcoCeres) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan Johor sebagai hab industri hijau dan peralihan tenaga di Asia Tenggara.   Pelaburan syarikat pengeluar bahan api bio dari Hong Kong ini telah mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan bergaji premium dan berkualiti tinggi dengan […]

PERUMAHAN KASIH JOHOR KUKUH AGENDA PERUMAHAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

  #Kulai – Seramai 1,020 penerima menikmati manfaat Perumahan Kasih Johor (PKJ) yang membuktikan keprihatinan dan kesungguhan luar biasa Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda perumahan demi kesejahteraan Bangsa Johor.   Bagi fasa pertama pelaksanaan satu-satunya inisiatif seumpamanya di negara ini, seramai 780 penerima yang layak menerima Bantuan Beli Rumah Pertama berjumlah RM5,000, manakala 240 individu […]

PROJEK RTS LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA CATAT KEMAJUAN SIGNIFIKAN

  #IskandarPuteri – Projek Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru-Singapura mencatatkan kemajuan signifikan apabila pemasangan jalur keluli fasad dalaman di Stesen Bukit Chagar berjaya disiapkan sekali gus menandakan pencapaian utama ke arah sasaran pembukaan perkhidmatan kepada penumpang pada 31 Disember ini.   Penyempurnaan struktur fasad dalaman ini membolehkan struktur bumbung stesen dipasang sepenuhnya, menyediakan […]

KERAJAAN JOHOR UTAMA ISU KOS SARA HIDUP RAKYAT, TANGANI INFLASI SECARA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan komitmen tinggi menerusi pelaksanaan langkah intervensi bersasar bagi mengurangkan kesan inflasi terhadap rakyat selari dengan komitmen untuk memastikan kestabilan ekonomi negeri dan kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.   Melalui Belanjawan Johor 2026 dan inisiatif sedia ada, pendekatan yang diambil memberi tumpuan kepada komponen utama kos sara hidup merangkumi […]

PENCEMARAN ANAK SUNGAI DIJANGKA PULIH BERPERINGKAT

  #Tangkak – Insiden pencemaran anak sungai di FELDA Sri Jaya, Bukit Serampang, Tangkak, dijangka pulih secara berperingkat susulan tindakan segera dan responsif Kerajaan Negeri menggerakkan kerja-kerja pembersihan, pemulihan serta pemantauan berterusan melalui jabatan, agensi berkaitan dan syarikat penternak khinzir terlibat.   Pemantauan oleh Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) mendapati kualiti air di Sungai Muar […]

KERAJAAN JOHOR BERTINDAK SEGERA TANGANI PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI TANGKAK

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bertindak segera susulan aduan pencemaran anak sungai di FELDA Sri Jaya, Bukit Serampang, Tangkak, dengan melakukan turun padang pada 22 Januari lalu, bagi melaksanakan pemulihan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap insiden berkenaan.   Tindakan proaktif tersebut melibatkan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Tangkak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar […]

JOHOR BAHRU JUARA KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN NEGERI JOHOR KALI KE-70

#BatuPahat – Daerah Johor Bahru dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2026M dengan memperoleh jumlah permarkahan sebanyak 94.50 peratus.   Bagi kategori Qari, gelaran johan dimenangi oleh Muhammad Saleem Noor Muhamad dari Johor Bahru, manakala kategori Qariah disandang oleh Nurul Nadiah Hashim dari Kluang dengan kedua-duanya membawa pulang […]