PROGRAM INTERVENSI SOSIAL Y2Y TANGANI GEJALA SOSIAL

  Sebanyak 10 program Intervensi Sosial dari Belia Untuk Belia (Y2Y) dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor bagi memberi kesedaran mengenai aktiviti tidak sihat.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Skudai, Marina […]

KERAJAAN JOHOR SERIUS ATASI ISU KESESAKAN TRAFIK

  Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian ke atas isu kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang yang berlaku berikutan pertambahan bilangan kerja pembaikan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.   Sebanyak 27 lokasi kerosakan sudah menerima peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini untuk dilakukan baik pulih, hasil usaha bersepadu Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz […]

KETUA PENGIMBANG JOHOR BERI CADANGAN ISU KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN

  Lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan kenaikan kadar taksiran cukai harta berkuat kuasa 1 Januari 2024, disyorkan memperhalusi mekanisme kenaikan supaya kenaikan tersebut tidak membebankan rakyat.   Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng mengesyorkan perkara itu dalam ucapan perbahasannya pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor […]

187 SEKOLAH SEDIA JADI PPS

  Sebanyak 187 sekolah di negeri ini, akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir bagi menghadapi musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula awal November.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 73 buah sekolah adalah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, diikuti Segamat (25), Kluang (22), Muar (16), Tangkak (15), […]

USAHAWAN OKU MAHU KEMBANGKAN TERNAKAN KELULUT

  Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000 ditawarkan menerusi Program Agropreneur Muda menjadi pembakar semangat kepada seorang usahawan berstatus orang kurang upaya (OKU) untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.   Pengusaha ternakan lebah kelulut, Amirul Nabil Jamaludin, 28, mahu memanfaatkan geran tersebut untuk berpindah ke kawasan yang lebih luas memandangkan kadar tuaian madu kelulut diusahakannya […]

RM1.5 JUTA DANA DIRAIH MENERUSI MAKAN MALAM AMAL TLJCF 2023

  Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang kanser yang memerlukan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.   Majlis tersebut telah diserikan dengan keberangkatan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.   Turun hadir, Isteri Menteri […]

BELANJAWAN JOHOR 2024 : SEJAHTERA & INKLUSIF

  Belanjawan Johor 2024 dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri melangkah ke hadapan bagi merealisasikan impian Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030. Bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat’, belanjawan dibentangkan juga membuktikan betapa Kerajaan Negeri mendengar suara hati rakyat yang terbanyak.   Dengan berpaksikan enam teras Agenda Maju Johor, […]

ABDUL HALIM DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA MEWAKILI JOHOR

  Dewan Negeri Johor hari ini, bersetuju memilih bekas Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Puteri Wangsa, Dato’ Abdul Halim Suleiman sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri ini.   Pencalonan Abdul Halim dikemukakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi selepas Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan […]

DEWAN NEGERI JOHOR YAKIN KEBITARAAN SULTAN JOHOR SEBAGAI KETUA NEGARA

  Dewan Negeri Johor menzahirkan keyakinan terhadap pemerintahan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.   Penzahiran tersebut dibuat oleh Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi dalam pemasyhurannya pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor […]

KERAJAAN JOHOR BENTANG BELANJAWAN SURPLUS DUA TAHUN BERTURUT-TURUT

  Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan RM4.21 juta pada Mesyuarat Keempat bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.   Belanjawan negeri bagi tahun hadapan dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat’ itu telah […]